saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 21/04/2009

Ahmadinejad jadi tumpuan

GENEVA 20 April - Persidangan anti perkauman Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) bermula dalam keadaan kelam-kabut hari ini, di tengah-tengah pemulauan Barat dan kebimbangan Presiden Iran akan menggunakan sidang itu bagi melancarkan serangan hebat dalam bentuk kecaman terhadap Israel.

Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad yang sebelum ini mendesak Israel 'dihapuskan dari peta dunia' dan menyifatkan negara kejam itu sebagai satu 'dongeng', tiba di Geneva lewat malam tadi, yang merupakan antara pemimpin negara yang menghadiri sidang tersebut.

Sebelum berlepas ke Switzerland, Ahmadinejad yang bakal menghadapi pilihan raya Presiden pada Jun ini, dipetik stesen penyiaran Iran sebagai berkata, 'ideologi dan rejim Zionis merupakan pembawa kepada fahaman perkauman'.

Persidangan lima hari di Geneva itu menyusul minggu ini selepas Israel menyifatkannya sebagai 'sandiwara palsu', walaupun ia belum bermula.

Kongres Yahudi Eropah yang berpangkalan di Paris dalam satu kenyataan berkata, kehadiran Ahmadinejad bermakna PBB telah 'meletakkan musang bagi mengawal reban ayam'.

Keputusan AS kelmarin, yang menyertai Kanada dan Israel untuk tidak hadir ke persidangan itu, bertambah hebat selepas Australia, Jerman, Itali, Belanda dan New Zealand turut mengikuti jejak yang sama.

''Ia sangat disesali, kami tidak yakin persidangan ini tidak akan digunakan sebagai platform untuk menyuarakan pandangan yang menyakitkan hati, termasuk pandangan anti-Semitik (Yahudi),'' kata Menteri Luar Australia, Stephen Smith.

Presiden AS, Barack Obama mempertahankan pendirian Washington itu dengan berkata, sungguhpun ada perkembangan dalam rundingan sejak beberapa minggu lalu, ulasan anti-Israel dalam kenyataan draf akhir 'selalunya hipokrit dan tidak produktif'.

''Jika ada satu permulaan yang bersih dan baru, kita sedia untuk hadir ke mesyuarat akan datang,'' katanya kepada pemberita di Sidang Kemuncak Benua Amerika di Trinidad.

Negara-negara Kesatuan Eropah (EU) menunjukkan penyatuan terhadap hak asasi manusia antarabangsa apabila Britain, Perancis dan Ireland menghadiri sidang tersebut. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.