saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 21/04/2009

Lim guna media dibidas

PULAU PINANG 20 April - Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim hari ini membidas tindakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang menggunakan media sebagai perantaraan untuk menyatakan perasaan tidak puas hatinya terhadap parti itu serta penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, tindakan Guan Eng menyuarakan kekecewaannya berhubung isu calon pengganti Timbalan Ketua Menteri 1 (TKM1) serta peletakan jawatan Mohammad Fairus Khairuddin sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Penanti menerusi media adalah tidak wajar kerana kedua-dua parti itu mempunyai saluran dalaman untuk berbincang.

"Sebagai parti yang bergabung di bawah satu pakatan, mengapa beliau tidak boleh berbincang sendiri dengan Anwar atau saya berhubung isu mencari calon pengganti Mohammad Fairus sebagai TKM1 dan ADUN Penanti? Mengapa suka sangat meluahkan perasaan kepada media? Apakah kita sudah tidak ada saluran untuk berbincang mengenai perbezaan pendapat yang timbul?" katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Katanya, sikap Guan Eng gemar menuding kepada Anwar kononnya pemimpin itu tahu semua dan merancang mengenai tindakan Mohammad Fairus amat tidak disenanginya kerana ia jelas menunjukkan bahawa Guan Eng tidak menghormati perasaan rakan kongsinya di dalam kerajaan Pulau Pinang.

"Kita bukan hendak membelakangkan dia tetapi kita sedang menyelesaikan perkara yang berlaku di dalam parti berikutan keputusan peribadi yang dibuat oleh Mohammad Fairus untuk melepaskan semua jawatannya. Mengapa perlu tergesa-gesa dalam soal ini," katanya.

Zahrain menegaskan bahawa keputusan mengenai calon pengganti TKM1 dan ADUN Penanti adalah hak PKR dan Guan Eng tidak perlu mencampuri urusan parti itu.

"Memang benar selaku Ketua Menteri, beliau mempunyai kata muktamad tetapi sekurang-kurangnya bagi peluang kita menentukan apa yang kita mahu dan dia perlu mendengar dahulu apa yang kita usulkan. Jangan sewenang-wenangnya mahu masuk campur urusan parti kita," katanya dengan nada kecewa. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.