saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 21/04/2009

Gunalan digantung, bagaimana pula nasib Zakaria?

SHAH ALAM - Selangor bukan sahaja terpaksa melupakan khidmat bek kiri P. Gunalan apabila menghadapi Kelantan dalam perlawanan akhir Piala FA, Sabtu ini bahkan mungkin kehilangan pengurus pasukannya, Zakaria Ab. Rahim.

Pemain kidal itu sah terlepas perlawanan di Stadium Nasional, Bukit Jalil kerana mengumpul dua kad kuning tetapi kehadiran Zakaria di sana nanti perlu disaring terlebih dulu oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Khamis ini.

Gunalan mendapat kad itu ketika membantu Selangor mengatasi Perlis 2-1 dalam separuh akhir, Sabtu lalu manakala pengurusnya itu dihadapkan ke Wisma FAM, Kelana Jaya gara-gara kenyataan akhbar tanpa kebenaran berhubung penggantungan jurulatih Felda United, Reduan Abdullah.

Jika didapati bersalah di bawah Perkara 5.8.1 Peraturan Pertandingan Liga Malaysia dan dihukum menurut Perkara 18.2 Peraturan Tatatertib FAM 2008, Zakaria bakal dilarang daripada berada di bangku pasukan ketika perlawanan akhir Piala FA keduanya sebagai pengurus selepas musim lalu.

Dua harga yang mahal ini perlu dibayar Merah Kuning sekalipun berjaya menggenggam tiket perlawanan akhir dengan menghampakan Singa Utara dengan kemenangan agregat 3-2 di Stadium Shah Alam, minggu lalu.

Namun, ketiadaan pemain kidal itu turut membuka semula ruang buat bek kiri negara, Asraruddin Putra Omar yang masih bergelut untuk meyakinkan jurulatih K. Devan apabila hanya memanaskan bangku simpanan dalam sebahagian besar musim ini.

Selangor bakal bertandang ke Bukit Jalil dengan cita-cita menggunung untuk merebut trofi keduanya musim ini selepas Piala Sultan Ahmad Shah, 3 Januari lalu malah cuba memburu Piala FA kelima selepas menjulangnya pada 1991, 1997, 2001 dan 2005.

"Inilah peluang terbaik untuk merangkul Piala FA sejak 2005 malah setelah kalah tipis kepada Kedah 3-2, tahun lalu," kata Devan yang turut pernah menerajui Negeri Sembilan menikmati trofi persaingan kalah mati negara itu pada 2003.

Mengenai prestasi pasukan, kata bekas jurulatih KM Naza, juara Liga Perdana 2007-2008 ini: "Kami akan cuba memperbaiki penyudah yang banyak dibazirkan akibat terlalu gopoh, ghairah dan kurang sabar pemain walaupun kerap menguasai permainan kebelakangan ini."

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.