saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 21/04/2009

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

NAMPAKNYA kerapuhan hubungan DAP-PKR semakin nyata selepas Mohammad Fairus Khairuddin melepaskan jawatan ADUN Penanti dan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri nampaknya kecewa dengan perkembangan tersebut kerana hanya mengetahui mengenainya melalui media.

PKR Pulau Pinang pula membidas Guan Eng kerana menggunakan media untuk menyatakan rasa tidak puas hatinya dan tidak menggunakan saluran dalaman.

Saling tuding-menuding di antara Guan Eng dan Pengerusi Perhubungan PKR negeri itu, Datuk Zahrain Mohamed Hashim jelas menunjukkan betapa tidak serasinya gandingan kedua-dua parti tersebut.

Bagi Awang, itulah bahananya apabila pakatan DAP-PKR dari awal lagi rapuh.

Kegagalan PKR mengemukakan calon pengganti Timbalan Ketua Menteri 1 sudah pasti memburukkan lagi keadaan. Sekurang-kurangnya ia dilihat sebagai bukti PKR tiada calon yang sesuai. Ia tamparan kepada kepimpinan kerajaan negeri itu.

Awang pula tertanya-tanya apa pula ceritanya apabila bekas ADUN Penanti itu memberi kata dua kepada PKR dan kerajaan negeri supaya membersihkan namanya atau beliau akan mendedahkan rahsia yang boleh menjejaskan parti.

Awang Nak tahu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh
Zohor
Asar
Maghrib
Isyak



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.