saya nak baca ..

FEMININ


ARKIB : 22/04/2009

Kolaborasi antara songket, pereka dan selebriti


AKTRES Zahida Rafik menggayakan kreativiti gabungan dua anak muda, Rizman Ruzaini.


MEMPOPULARKAN semula fabrik tenunan kepada generasi hari ini yang lebih dipengaruhi oleh trend fesyen dari luar.

Begitupun, halangan itu bukan menjadi alasan untuk fabrik yang menjadi kebanggaan warisan Melayu sejak berzaman itu terus dilupakan sebaliknya usaha harus dilipatgandakan untuk ia terus dimartabatkan.

Salah satu cara ialah mungkin dengan konsep asimilasi iaitu menggabungkan fabrik tradisi dengan rekaan-rekaan moden yang seiring dengan zaman.

Bukan sekadar ia mampu pastinya mampu memukau mata yang memandang tapi dengan cara tersebut juga hasil seni tenunan itu lebih mudah diingati dan dihargai.

Daripada sehelai kain tenunan yang bermutu tinggi, lalu dipotong dan dijahit mengikut kreativiti pereka fesyen tanah air maka terhasil satu kolaborasi yang indah dan berharga.

Apatah lagi jika persalinan tersebut diperagakan oleh selebriti dan peragawati tanah air, bukan saja di kalangan masyarakat negara ini, malah ia boleh diangkat ke tahap yang lebih tinggi iaitu di persada antarabangsa.

Impian ini direalisasi dengan penganjuran Fiesta Fesyen Kuala Lumpur (FFKL) di pusat membeli belah One Utama baru-baru ini yang bermatlamat untuk mengangkat warisan bangsa seperti fabrik songket dan tenun Pahang Diraja.

Acara Gala Fiesta Fesyen Kuala Lumpur telah berlangsung di One World Hotel, Petaling Jaya, baru-baru ini dengan dimeriahkan oleh rekaan-rekaan fesyen daripada 10 pereka fesyen terkenal tanah air.

Menariknya pereka-pereka ini telah bergabung dengan penenun songket tempatan untuk menghasilkan adi busana yang mempersonakan.

Peragaan busana pula dilakukan oleh barisan selebriti tanah air, antara yang terlibat menggayakan rekaan kolaborasi ialah, Sazzy Falak, Cheryl Samad, Sasha Bashir, Saida Tarudin dan Zahida Rafik.

Antara penenun songket yang terlibat ialah, Manang Songket, Bibah Songket, Sri Gamelan Songket, Zaidah Songket, Atikah Songket TTDI dan banyak lagi. Manakala pereka fesyennya pula ialah, Hatta Dolmat, Amir Luqman, Hazwani, Rizman Ruzaini, Aidawati Saidin, Rodziah Md Yusof, Calvin Thoo, Zeri Zamry dan lain-lain.

Kesemua rekaan sememangnya menggunakan elemen songket dengan gabungan fabrik lain.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.