saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 23/04/2009

Geng samun bersenjata tumpas


MOHD. Mokhtar Mohd. Shariff menunjukkan barang-barang rampasan dipercayai hasil samun satu kumpulan yang terdiri daripada warga Indonesia di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 22 April - Polis berjaya menumpaskan satu kumpulan samun bersenjatakan parang dengan tertangkapnya tujuh lelaki warga Indonesia di Taman Putri Wangsa, Ulu Tiram di sini semalam.

Kumpulan penjenayah tersebut dipercayai bergiat aktif sejak setahun lalu di negeri ini dan Pahang dengan melakukan pecah rumah di kawasan taman perumahan dan kampung.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, kesemua suspek berusia antara 24 hingga 35 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah rumah pada pukul 7.30 pagi.

"Semasa serbuan, mereka bertindak agresif dan melawan, namun hasil latihan serta kecekapan pihak polis, kami berjaya memberkas kesemua suspek.

"Kesemua suspek juga didapati tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Mohd. Mokhtar berkata, dalam serbuan itu, polis turut merampas beberapa barang dipercayai hasil samun yang dianggarkan bernilai RM20,000.

Antara barang yang dirampas ialah satu televisyen berdefinisi tinggi (HDTV) jenama Samsung, dua pemain cakera video digital (DVD), dua monitor skrin cecair kristal (LCD) jenama Acer, tujuh utas jam tangan dan enam unit telefon bimbit.

Turut dirampas, katanya, sebuah kereta Proton Wira, pelbagai barang kemas dan peralatan untuk melakukan jenayah pecah rumah seperti alat pemotong besi, pemutar skru dan dua bilah parang.

Mohd. Mokhtar memberitahu, kesemua suspek direman selama 14 hari sehingga 4 Mei ini dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan menggunakan senjata.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Mohd. Mokhtar berkata, modus operandi kumpulan itu ialah menceroboh masuk rumah dan mengancam mangsa menggunakan parang.

Katanya, mangsa kemudian diikat sebelum barang berharga dan wang tunai mereka dilarikan.

"Dengan tertangkapnya tujuh suspek itu, polis yakin dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya tujuh kes samun di bandar raya ini.

"Siasatan lanjut akan diteruskan bagi mengenal pasti penglibatan kumpulan samun itu di tempat lain khususnya di negeri ini dan Pahang," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.