saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 24/04/2009

Fidel Castro dakwa Obama berbohong

HAVANA 23 April - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menggunakan 'pembohongan' untuk menyokong penolakan perubahan polisi AS terhadap Cuba dan mengekalkan sekatan ekonomi, kata bekas Presiden Fidel Castro, semalam.

"Kami akan lebih memahami had sebenar Presiden baru AS itu dalam mengubah polisi mereka terhadap negara kami jika beliau tidak menggunakan pembohongan untuk memberi alasan berhubung tindakannya," menurut Castro dalam artikelnya yang disiarkan dalam laman web kerajaan, cubadebate.com.

Dalam minggu terakhir Sidang Kemuncak Amerika di Trinidad dan Tobago, Obama berkata selagi polisi AS selama 50 tahun 'tidak berjaya' merubah Cuba, sekatan ekonomi 47 tahun itu akan kekal sehingga Cuba memberikan lebih kebebasan kepada rakyatnya.

"Kami tidak akan merubah polisi tersebut dalam masa yang singkat," kata Obama dalam sidang akhbar ketika tamat sidang kemuncak 34 pemimpin kerajaan itu.

Bagaimanapun, sejak menjadi Presiden pada Januari lalu, Obama telah menarik sekatan dan pemindahan wang oleh rakyat AS berketurunan Cuba kepada keluarga di negara asal mereka.

Castro mengecam Obama yang mengekalkan polisi bekas Presiden George W. Bush termasuk mengenakan sekatan dan menyiarkan siaran radio dan televisyen anti-Cuba.

"Perlukah kita menerima hak AS mengekalkan sekatan untuk tempoh era geologi sehingga demokrasi kapitalis sampai ke Cuba?,'' soal bekas Presiden itu.

"Kami tidak pernah mempersoalkan demokrasi kapitalis yang kamu perjuangkan dan tidak pernah mendakwa untuk mengembangkan sistem politik kami ke AS," kata Castro kepada Obama dalam artikelnya The Summit and the Lie.

Castro kecewa kerana sekatan AS tidak disuarakan dalam deklarasi akhir sidang kemuncak.

Beberapa negara, termasuk Bolivia, Venezuela, Honduras dan Nicaragua bersetuju untuk tidak menandatangani deklarasi akhir itu untuk menunjukkan rasa tidak puas hati ekoran Cuba tidak diundang menghadiri sidang kemuncak tersebut. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.