saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 25/04/2009

Bekas wartawan tubuh parti baru Mindraf

KUALA LUMPUR 24 April - Seorang bekas wartawan akhbar tempatan hari ini mengumumkan penubuhan sebuah parti politik baru, Barisan Bertindak Demokratik India Malaysia (Mindraf).

Pengasasnya, Manuel Lopez berkata, penubuhan parti itu bertujuan memberi perkhidmatan kepada golongan India di negara ini.

Menurut beliau, pihaknya tidak mempunyai niat untuk merebut kerusi di Parlimen atau mendapat jawatan Senator sebaliknya hanya mahu berjuang untuk kesejahteraan kaum India di negara ini.

''Kami juga akan menghantar memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung pembebasan tiga anggota pertubuhan Hindraf yang kini ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

''Dalam hal ini, kami tidak akan membawa slogan dan menjerit untuk mendapatkan hak tetapi akan mendekati kerajaan dengan cara yang betul bagi mendapatkan pertolongan,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Manuel, 59, pernah berkhidmat selama 41 tahun dalam bidang kewartawanan khususnya dengan akhbar Malay Mail sebelum bersara pada 2005.

Difahamkan, Mindraf telah diasaskan penubuhannya pada Julai 2005 dan borang pendaftaran kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan akan dihantar sebelum akhir bulan ini untuk membolehkannya menjadi sebuah parti yang sah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.