saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 25/04/2009

Harga sawit tertinggi bagi empat bulan

KUALA LUMPUR 24 April - Harga minyak sawit mentah (MSM) kembali melonjak kepada RM2,600 setan - paras tertinggi yang pernah dicapai dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.

Lonjakan harga itu berlaku mendadak apabila berlaku penurunan stok dan peningkatan permintaan di pasaran dunia, kerana harga MSM sejak kebelakangan ini hanya berlegar antara RM2,000 hingga RM2,100 setan.

Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Dr. Mohd Basri Wahid berkata, stok sedia ada merosot kepada 1.3 tan daripada 2.2 juta tan.

"Penurunan stok juga disebabkan oleh kekurangan bekalan kerana pengeluar belum meningkatkan pengeluarannya,'' kata beliau.

Mohd Basri berkata demikian selepas sidang akhbar bersama Sime Darby Plantation Bhd. dan Felda Agriculture Servives Sdn. Bhd. berkaitan penjualan biji benih sawit haram dan pemalsuan dokumen urus niaga di sini hari ini.

Menurut Mohd. Basri, lonjakan harga itu bagaimanapun masih lagi rendah berbanding harga tertinggi yang pernah dicapai sebelum ini iaitu RM3,000 setan dan kini terdapat tanda-tanda positif bahawa harga komoditi itu kembali naik.

Beliau menjangkakan harga minyak sawit mentah boleh kekal sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga hingga empat bulan dan tidak dapat menjangkakan sebarang perubahan harga menjelang September atau Oktober ini.

Katanya, permintaan yang meningkat itu memberi petunjuk bahawa krisis semasa ekonomi global tidak menjejaskan minat terhadap komoditi itu.

Sebagai pengeksport terbesar dunia, beliau berkata, Malaysia yakin permintaan terhadap minyak kelapa sawit akan meningkat berbanding tahun lalu.

"Pada tahun lalu, kita berjaya mengeksport 17.73 juta tan ke seluruh dunia dan pada tahun ini, ia dijangka meningkat kepada 18.3 juta tan," kata Mohd Basri.

Katanya, selain permintaan yang meningkat dari sektor pengguna, penggunaannya bagi biodiesel juga menjadi punca kepada peningkatan harga itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zohor 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.