saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 25/04/2009

Karnival Vespa Antarabangsa Ahad ini

KUALA KANGSAR 24 April - Sebanyak enam negara luar akan turut mengambil bahagian dalam Karnival Vespa dan Motosikal Klasik Antarabangsa yang akan diadakan sempena menyambut Hari Keputeraan Sultan Perak Ke-81 di Arena Square di sini, Ahad ini.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Mohd. Kasim Ahmad berkata, negara-negara berkenaan ialah England, Brunei, Singapura, Jerman, Thailand dan lndonesia.

''Kami telah menerima penyertaan dari negara-negara terbabit tetapi belum diketahui jenis Vespa dan motosikal klasik yang bakal dipamerkan," katanya di sini hari ini.

Karnival kali kelapan itu dianjurkan bersama oleh Pejabat Daerah Kuala Kangsar, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) dan Kelab Vespa Kuala Kangsar.

Mohd. Kasim berkata, tahun lalu seramai l,700 peserta dari dalam dan luar negara mengambil bahagian dan jumlahnya dijangka meningkat sehingga 2,000 orang tahun ini.

Peningkatan itu katanya, berdasarkan keinginan dan minat orang ramai untuk memiliki Vespa dan motosikal klasik yang semakin bertambah.

''Karnival ini juga memberi peluang kepada semua pemilik Vespa dan motor klasik mempamerkan motosikal masing-masing dengan pelbagai ragam ciptaan dan idea bagi menarik perhatian umum di samping menjalin muhibah," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zohor 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.