saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 26/04/2009

Manohara Odelia bahagia


TENGKU Muhammad Fakhry Petra (dua dari kiri) dan isteri, Cik Puan Temenggong, Manohara Odelia Pinot (dua dari kanan) beramah mesra dengan pasangan mempelai, Ahmad Syafi Datuk Husam dan Indah Purnamasari Didin pada majlis perkahwinan mereka di Kampung Kota, Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 25 April - Mesra dan bahagia! Mungkin itu yang dapat digambarkan tentang hubungan suami isteri Tengku Temenggong, Tengku Mohammad Fakhry dan Cik Puan Temenggong, Manohara Odelia Pinot, 17, yang juga model terkenal Indonesia.

Ia sama sekali menafikan dakwaan ibunya, Daisy Farajina yang disiarkan secara meluas oleh akhbar Indonesia bahawa pasangan tersebut mengalami masalah rumah tangga dan Manohara didera secara fizikal dan mental.

Pasangan diraja itu muncul di khalayak ramai di sini hari ini ketika mencemar duli untuk menghadiri majlis perkahwinan anak Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa.

Kehadiran mereka berdua yang tiba pada majlis perkahwinan Ahmad Syafi, 21, dan Indah Purnama Sari Didin, 18, di Kampung Kota pada 1.40 petang, menarik perhatian orang ramai di majlis itu.

Pada majlis tersebut, Tengku Mohammad Fakhry dilihat berpegangan tangan dengan isterinya, malah mereka juga kerap berbual sambil tersenyum kecil.

Pasangan itu juga tidak melepaskan pulang bermesra dengan rakyat jelata apabila sempat bersalam-salaman dengan tetamu yang hadir.

Semalam, beberapa buah akhbar memetik laporan media Indonesia baru-baru ini mengenai Manohara yang dikatakan telah didera di bahagian dada oleh suaminya, seorang kerabat diraja Kelantan yang dikahwininya pada tahun lalu.

Kisah Manohara itu mendapat liputan meluas di Indonesia selepas Daisy mendakwa anaknya itu 'diculik' oleh Tengku Mohammad Fakhry dan dilarikan dengan sebuah jet dari Arab Saudi pada 26 Februari lalu.

Dakwaan Daisy itu ternyata tidak berasas sama sekali. Malah sebelum ini, Manohara turut kelihatan pada majlis-majlis rasmi diraja.

Pada 31 Mac lalu, Manohara mengiringi Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid mencemar duli merasmikan Pesta Flora di Taman Orkid Tengku Anis, Pengkalan Chepa di sini sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan.

Terbaru, pada 16 April, beliau hadir pada majlis ramah mesra Cik Puan Temenggong dengan isteri-isteri wakil rakyat Pas di sebuah hotel di sini.

Pada majlis tersebut, beliau kelihatan amat ceria menghabiskan masa selama empat jam bersama para peserta. Manohara juga sempat menunjukkan demonstrasi memasak dua biji kek.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.