saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 26/04/2009

Giliran Aril tersingkir AF7


ARIL terkeluar semasa persembahan AF7 di Bukit Jalil, semalam.


KUALA LUMPUR 25 April - Hasrat Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus untuk terus kekal di Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) musnah apabila dia diumumkan tersingkir daripada rancangan itu malam ini.

Keputusan penyingkiran diumumkan oleh pengacara, AC Mizal pada penghujung rancangan itu setelah Aril yang menyampaikan lagu Nakal dendangan asal Kumpulan Gigi pada konsert yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil gagal meraih perhatian penonton.

Adik kepada penyanyi Izwan Pilus itu bagaimanapun terpaksa akur dengan keputusan yang diadili oleh 100 peratus undian penonton menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan talian tetap yang meletakkan dirinya di tangga tercorot.

Aril mengikut jejak langkah Mohd. Qhauhd Abdul Rashid atau Qhaud yang diumumkan sebagai peserta ketujuh tersingkir minggu lalu.

Dengan penyingkiran itu, enam lagi pelajar yang bakal meneruskan perjuangan ialah Akim atau nama sebenarnya, Afiq Hakim Ahmad, 18; Hafiz (Mohd. Hafiz Mohd. Suip), 19; dan Yazid (Mohd. Yazid Kamal Ibrahim), 22.

Pelajar lain adalah Claudia (Claudia Fay Geres), 23; Isma (Ismaliza Ismail), 30; dan Aishah (Siti Aishah Bujang), 18.

Suasana dihangatkan lagi dengan kritikan-kritikan daripada pengkritik tetap rancangan itu, pelakon dan pengacara Adlin Aman Ramli dan Datuk Khatijah Ibrahim sambil ditemani pengkritik undangan, Adibah Noor.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.