saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 26/04/2009

Tak mustahil - Pak Lah

KUALA LUMPUR 25 April - Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, pelantikan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang mampu menjadi pencetus kepada usaha mengembalikan negeri itu ke pangkuan Barisan Nasional (BN).

Sambil menyifatkan Ahmad Zahid sebagai pemimpin yang mempunyai keupayaan tersendiri, bekas Perdana Menteri itu menekankan apa yang amat penting untuk merealisasikan hasrat itu ialah permuafakatan ahli UMNO dan parti komponen BN perlu dipertingkatkan.

Abdullah yang sebelum ini telah memaklumkan hasrat melepaskan jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang kepada pucuk pimpinan parti turut melahirkan rasa gembira dengan pemilihan Ahmad Zahid sebagai penggantinya.

"Saya gembira dengan pelantikan Ahmad Zahid, dia adalah seorang pemimpin yang baik dan saya percaya beliau mampu memimpin UMNO Pulau Pinang.

"Bukan mustahil untuk BN mengambil balik Pulau Pinang. Yang diperlukan ialah bekerja bersungguh-sungguh dan lebih penting ialah perpaduan dan muafakat yang baik bukan hanya di antara ahli UMNO bahkan ahli parti komponen," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Sambutan 100 Tahun Pengakap Malaysia di Stadium Negara, di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu ialah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Ketua Pengakap Negara, Datuk Seri Dr. Shafie Salleh.

Presdien UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempengerusikan mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu semalam mengumumkan pelantikan Ahmad Zahid menggantikan Abdullah sebagai teraju UMNO Pulau Pinang.

Mengulas tahap perpaduan di kalangan parti komponen di Pulau Pinang, Abdullah yang juga Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas menyatakan ia boleh diperbaiki dan diperkukuhkan.

Katanya, tanpa perpaduan dan muafakat sudah tentu semua pihak akan berdepan dengan kesukaran dalam melaksanakan kerja parti manakala agenda yang telah diputuskan pula tidak dapat dilaksanakan sebaik-baiknya.

Mengenai kewajaran BN bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Abdullah berkata, memandangkan ia akan diputuskan Biro Politik UMNO, semua pihak perlu akur dengan keputusan yang dibuat kelak.

Ditanya pandangan peribadinya mengenai perkara itu, beliau berkata: "Tidak payahlah, pandangan peribadi saya sudah tidak membawa apa-apa erti sekarang,"

Sementara itu, Abdullah yang ditanya mengenai perasaannya yang akan berada di tempat duduk Ahli Parlimen biasa apabila Dewan Rakyat bersidang Jun ini, beliau berkata, ia bukannya menjadi persoalan kerana pernah melaluinya.

"Anda mesti tahu di mana perlu berada atau diperkatakan. Jika anda enggan menerima perubahan serta melakukan perkara yang tidak betul atau sepatutnya, ia akan mencetuskan masalah," jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:01
Zohor 1:22
Asar 4:26
Maghrib 7:26
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.