saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 28/04/2009

Cubaan bina semula tugu 'Pokok Demokrasi' dihalang

28/04/2009 3:37pm

IPOH 28 April — Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) hari ini mengagalkan usaha pembinaan semula plak peringatan ’Pokok Demokrasi’ yang dibina oleh Pakatan Rakyat untuk memperingati peristiwa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah pokok pada 3 Mac lepas.

Jurucakap MBI berkata kerja pembinaan tugu berkenaan dijalankan oleh beberapa lelaki dan penguatkuasa MBI mengarahkan mereka memberhentikan kerja kerana ia dibuat tanpa kebenaran.

“Semasa sepasukan penguatkuasa sampai di kawasan itu ada dua pekerja sedang menyiapkan struktur tapak bersaiz 2 meter panjang dan 0.6 meter lebar itu manakala beberapa yang lain melarikan diri,” katanya.

Beliau berkata dua lelaki berkenaan diarah memberhentikan kerja dan mengangkat semua peralatan kerana perbuatan membina sebarang bentuk struktur tanpa kebenaran MBI di kawasan seliaannya adalah tidak dibenarkan.

Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawasan Kepayang Loke Chee Yan berkata Pakatan Rakyat memang berhasrat mendirikan tugu di bawah pokok demokrasi itu dan sepatutnya menghantar permohonan pagi ini. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.