saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 28/04/2009

1Malaysia sediakan garis permulaan yang adil

28/04/2009 4:48pm

PUTRAJAYA 28 April — Konsep 1Malaysia bertujuan menyediakan garis permulaan yang adil bagi rakyat mendapat bantuan kerajaan tanpa mengira mereka dari bandar, luar bandar dan kumpulan etnik sekiranya mereka mempunyai potensi, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata seseorang anak yang datang dari keluarga miskin tidak kira dari bandar atau luar bandar walau dari etnik manapun tetapi ternyata mempunyai potensi sememangnya berhak mendapat bantuan kerajaan berbanding anak-anak golongan berada yanG sudah tentu mempunyai peluang pendidikan yang terbaik.

“Maknanya, kita boleh menawarkan akses pemula dengan menyediakan datar permainan yang adil tetapi kita sebagai kerajaan tidak berkemampuan memastikan penghasilan yang sama,” katanya pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-10 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini.

Dalam kata lain, kerajaan tidak boleh memainkan peranan ibubapa, keluarga atau masyarakat setempat, dan kerajaan juga bukanlah galang yang boleh mengganti kehendak, kemahuan, usaha serta iltizam seorang pelajar atau peniaga juga usahawan untuk berjaya, kata Najib.

“Apa yang kerajaan boleh buat adalah menyediakan garis permulaan yang adil.

Pendek kata, antara prinsip-prinsip utama yang mendasari 1Malaysia adalah kebersamaan dan kekitaan dalam satu keluarga besar,” katanya. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.