saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 01/05/2009

23 pelajar ponteng ditahan

KOTA BHARU 30 April - Mereka bukan setakat ponteng sekolah tetapi enam daripada 23 pelajar yang ditahan dalam operasi membasmi gejala itu di sini hari ini didapati positif mengambil dadah jenis pil kuda.

Pelajar terbabit ditahan di beberapa kawasan tumpuan awam dalam operasi bersepadu oleh Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Polis, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) serta Jabatan Kesihatan.

Malah, dalam operasi terbabit, salah seorang daripada pelajar yang didapati positif dadah itu cuba melarikan diri namun berjaya diberkas.

Difahamkan, pelajar-pelajar daripada beberapa buah sekolah terbabit dikesan positif dadah selepas diwajibkan melakukan ujian air kencing yang dikendalikan oleh anggota AADK.

Sementara itu, Pegawai Pelajaran Daerah Kota Bharu, Che Ab. Aziz Daud berkata, operasi yang bermula pukul 9 pagi ini merupakan kali pertama diadakan tahun ini melibatkan 17 badan bukan kerajaan (NGO).

"Kami bertekad menghentikan aktiviti ponteng sekolah di kalangan pelajar dan ia akan lebih berjaya dengan bantuan daripada anggota-anggota keselamatan ini.

"Langkah ini penting kerana ibu bapa dan pihak sekolah khususnya sering menuding jari sesama sendiri apabila timbulnya gejala sosial membabitkan anak mereka," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, operasi tersebut dilakukan di beberapa kawasan yang menjadi tumpuan golongan pelajar, antaranya Taman Bendahara, Panji, Kubang Kerian, Kota, Taman Tengku Anis, Jalan Merican, pusat beli-belah KB Mall dan Billion.

Jelasnya, pelajar-pelajar yang ditahan berusia antara 13 hingga 17 tahun dan kebanyakan mereka memberi alasan tidak berminat untuk belajar.

"Semua pelajar ini diwajibkan mengambil ujian air kencing. Usaha kita tidak akan berhenti di sini kerana gejala ponteng kini semakin berleluasa.

"Selepas ini, banyak lagi operasi akan dibuat dan kita juga telah mengesan beberapa tempat lain yang menjadi tumpuan pelajar-pelajar ini," tegasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:58
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.