saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 02/05/2009

Sediakan peruntukan khas

KUALA LUMPUR 1 Mei - Kerajaan disaran menyediakan satu peruntukan khas bagi tujuan pembelian buku-buku berbentuk umum untuk diletakkan di perpustakaan awam dan desa di seluruh negara.

Presiden Persatuan Kontraktor Buku Malaysia, Hasan Hamzah (gambar) berkata, langkah itu wajar kerana kebanyakan buku yang terdapat di perpustakaan awam dan desa pada masa ini sudah ketinggalan.

Beliau berkata, anggaran dana yang diperlukan adalah sebanyak RM500 juta dan pihaknya yakin melalui peruntukan tersebut pelbagai pihak akan mendapat faedah.

''Selama ini kerajaan tidak pernah menyediakan satu peruntukan khas, jika ada sekalipun ia hanya bersifat sementara. Keadaan ini akhirnya menyebabkan buku-buku yang terdapat di perpustakaan awam dan desa ketinggalan.

''Sebenarnya saranan ini bukan sahaja memberi faedah kepada masyarakat malah turut merancakkan lagi industri buku tempatan selain menggalakkan lebih ramai cendekiawan menghasil buku-buku yang bermutu,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengunjungi ibu pejabat Utusan Melayu (M) Bhd. di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, Hasan mengakui kekurangan penerbitan buku-buku berbentuk umum di negara ini adalah disebabkan cendekiawan tempatan tidak aktif menulis.

''Ini kerana buku yang mereka hasilkan tidak dapat dipasarkan berikutan kurang sambutan. Saya yakin jika kerajaan menyediakan satu dana khas masalah ini dapat diselesaikan. Setidak-tidaknya buku-buku mereka boleh ditempatkan di perpustakaan awam dan desa.

''Penulis-penulis kita sebenarnya berada dalam dilema kerana sukar untuk memasarkan buku-buku dan kami sebagai syarikat penerbit sukar untuk menjualnya disebabkan tiada pembeli,'' katanya lagi.

Beliau berkata, apa yang berlaku itu merugikan banyak pihak khususnya golongan pembaca.

''Tidak rugi kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak ini kerana akhirnya negara berjaya melahirkan masyarakat berilmu,'' tambahnya.

Dalam pada itu, Presiden Ikatan Penerbitan dan Pengedaran Buku Bumiputera, Shaari Abdullah mahu kerajaan memikirkan cadangan itu secara serius demi masa depan industri buku di negara ini.

''Bagi saya peruntukan ini perlu digunakan untuk menyokong industri buku tempatan. Kita mempunyai ramai penulis yang hebat tetapi mereka enggan menulis kerana kurang pasaran,'' tambahnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:44
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.