saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 02/05/2009

Malam kemuncak segala-galanya


MAMPUKAH gandingan trio Azlan Abu Hassan (kiri), Ramlah Ram dan Ad Samad mengulangi kejayaan menerusi lagu Ketentuan?


MASA yang ditunggu sudah tiba oleh semua karyawan seni tempatan apabila Anugerah Industri Muzik Ke-16 (AIM 16) sudah sampai ke destinasinya.

Majlis anugerah gilang-gemilang itu akan bersiaran secara langsung menerusi Saluran Ceria Anda, ntv7 dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur bermula pukul 9 malam ini.

Saban tahun, AIM dianjurkan bagi mengiktiraf hasil kerja anak seni tempatan yang tidak pernah lelah menghasilkan album dan lagu atas nama cinta terhadap dunia seni. Jiwa dan raga mereka dicurahkan untuk dunia muzik dan kini malam untuk mereka meraikan segala-galanya.

Keistimewaan AIM bukanlah bersandarkan populariti semata-mata tetapi lebih kepada mengiktiraf kualiti dengan gelaran terbaik terhadap pemenang.

Biarpun ramai sering berkata industri hiburan kita semakin hari semakin merudum, apabila membicarakan tentang muzik, tiada siapa yang mampu menidakkan kuasanya dalam memberi impak kepada kehidupan seharian kita.

Buktinya, AIM 16 menyaksikan satu rombakan yang boleh disifatkan sebagai besar-besaran apabila menambah lapan kategori baru menjadikan 24 kategori dipertandingkan malam ini.

Selain itu, terdapat juga beberapa perubahan pada kategori yang sedia ada.

Sebagai contoh, untuk kategori Persembahan Vokal Terbaik kini tidak lagi dipertandingkan menerusi album, sebaliknya ia dinilai menerusi sebuah lagu. Perubahan ini boleh dianggap sebagai satu perkembangan yang positif terutama bagi penyanyi yang hanya melahirkan single sahaja.

Tidak ada apa yang perlu dihairankan tentang perubahan itu kerana di anugerah Grammy, kategori vokal juga dinilai menerusi lagu.

Sejak penganjuran AIM 15 tahun lalu, kategori vokal paling menjadi tumpuan kerana ia calon-calon yang berjaya menempatkan diri sebagai lima calon terbaik semuanya mempunyai keistimewaan dan kekuatan vokal masing-masing.

Sekali lagi Vokal Wanita Terbaik hebat diperkatakan kerana juara sembilan kali untuk kategori ini, Datuk Siti Nurhaliza berdepan dengan tiga calon lain yang tidak seharusnya dipandang sebelah mata.

Ramai yang menunggu adakah Siti mampu mengungguli kategori ini untuk kali ke-10 sementelah Siti menerima dua pencalonan untuk lagu Di Kayangan Kita dan Di Taman Teman yang memperlihatkan kecemerlangan vokalnya.

Andai kata Siti tewas malam ini, itu bukan satu masalah besar kerana kehebatan vokal Siti sebenarnya sudah termaktub sebagai antara yang terbaik di negara ini.

Ayu, Shila dan Dina masing-masing dicalonkan menerusi lagu Hanya Di Mercu, Memori Tercipta dan Sejauh Ini yang memerlukan penghayatan dan kekuatan lontaran vokal untuk membaw setiap lagu itu.

Biarpun ada yang mempertikaikan calon yang bertanding dalam kategori ini tetapi ia harus dilihat dari sudut positif kerana mereka hadir dengan bakat yang tersendiri dan memberikan variasi kepada industri.

Album Lentera Timur milik Siti yang tercalon dalam kategori Album Pop Etnik Terbaik mampu membawa pulang gelaran itu dengan cukup mudah sementelah tiga calon lain iaitu Khazanah Pujangga (Syura), Selagi Ada Rindu (Pak Long) dan Zapin Suri (Haziq) dilihat tidak begitu kuat berbanding Lentera Timur yang menyajikan lagu-lagu pop etnik yang berbeza.

Begitu juga dengan persaingan dalam Vokal Lelaki Terbaik apabila pemenang kategori ini sebanyak dua kali, Reshmonu dicalonkan sekali lagi menerusi dua lagu, Doa Untuk Dia dan Sayu.

Tiga calon lain iaitu Aizat (Lagu Kita), Bob (Cinta Terhalang) dan Rithan dari kumpulan Deja Voodo Spells (Rock ‘N’ Roll) juga mampu memberikan kejutan pada malam ini. Bob misalnya mampu mempamerkan kehebatan vokalnya ketika menyampaikan lagu Cinta Terhalang, sebuah lagu yang bukan mudah dinyanyikan.

Arus perdana

Aizat pula yang memberikan persembahan bersahaja namun berkesan menerusi Lagu Kita juga boleh diangkat sebagai pemenang jika juri mahu mencari kelainan tahun ini.

Agak hairan juga apabila nama Aizat tidak tersenarai sebagai salah seorang finalis, selain Stacy untuk kategori Artis Baru Terbaik tahun ini.

Bagaimanapun, lima calon yang bertanding tahun ini juga bukan calang-calang. Hujan, Joe Flizzow, Malique, Meet Uncle Hussain dan Suki akan merebut gelaran keramat ini yang sebelum ini pernah dianugerahkan kepada beberapa nama besar antaranya Ning Baizura, Siti Nurhaliza, Raihan, Anuar Zain, Jaclyn Victor, Sean Ghazi dan Faizal Tahir.

Saingan lebih dilihat kepada Hujan dan Meet Uncle Hussain kerana kedua-dua band indie ini telah memberikan impak dan ledakan baru dalam industri hiburan tanah air sepanjang tahun lalu.

Populariti dan lagu-lagu yang segar dan baru diperjuangkan mereka ternyata diterima dengan cukup baik oleh peminat lantas berjaya menempatkan diri mereka di arus perdana setelah sekian lama bermain muzik untuk peminat underground mereka.

AIM 16 juga mengambil pendekatan baru apabila buat pertama kalinya memperkenalkan kategori lagu dalam genre yang berbeza seperti pop, pop etnik, rock, nasyid, hip hop serta lagu Inggeris, Cina dan India tempatan.

Lagu Pop Terbaik juga melihatkan saingan yang tidak kurang hebatnya apabila membariskan tiga komposer senior dan seorang pengkarya muda yang mempertaruhkan ciptaan masing-masing.

Azlan Abu Hassan yang sebelum ini sudah empat kali memenangi Lagu Terbaik di pentas AIM menerima dua pencalonan untuk lagu Dingin nyanyian Ziana Zain dan Ketentuan (Ramlah Ram).

Tidak dinafikan, sentuhan Azlan untuk setiap lagu yang diciptanya tidak pernah sama serta menonjolkan lontaran vokal sang penyanyinya dan jika dia menjadi pemenang sulung untuk kategori ini, tiada apa yang perlu dipertikaikan.

Namun begitu, laluan Azlan tidak semudah yang disangka kerana perlu bersaing dengan Azmeer menerusi lagu Cinta Adam dan Hawa yang disampaikan penuh energetik dan bersemangat oleh Misha Omar.

Ajai yang dicalonkan menerusi lagu Sampai Di Sini juga nyanyian Misha mampu mencipta kejutan lantaran melodi yang cukup sentimental dan ringkas namun dalam masa yang sama begitu berkesan juga mampu diangkat sebagai pemenang Lagu Pop Terbaik.

Untuk Lagu Kita pula, siapa tahu lagu indah itu mampu memenangi kategori ini kerana penciptanya, Aizat telah memberikan satu nafas baru dari segi karya dan penyampaian menerusi lagu itu.

Mentera Beradu yang disampaikan oleh Malique dan sifu M. Nasir dilihat sebagai calon utama untuk memenangi Lagu Hip Hop Terbaik kerana kualiti dan nilai-nilai estetika yang cukup tinggi dalam karya ciptaan Malique, M.Nasir dan D'Navigator itu.

Sebuah lagi lagu ciptaan Malique, Ok dan tiga lagi lagu ciptaan Joe Flizzow ternyata akan membuatkan juri pening kepala untuk memilih karya yang layak untuk menjulang anugerah ini.

Cuma agak menghairankan apabila sebuah lagu lama, Isabella nyanyian Search yang diberi nafas baru oleh Joe turut dicalonkan dalam kategori ini.

Paling ‘melucukan’

Adakah lagu yang dinyanyikan semula dengan rentak baru serta berkolaborasi dengan penyanyi asalnya boleh dikira sebagai sebuah lagu baru?

Kategori paling ‘melucukan’ sejak diwujudkan dalam AIM tahun lalu iaitu ‘Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Disampaikan Oleh Artis Luar Negara’ tidak kurang hebatnya apabila menyenaraikan nama-nama besar Indonesia sebagai lima calon tahun ini.

Lagu Matahariku nyanyian Agnes Monica yang dilihat mampu mengungguli kategori ini akan bersaing hebat dengan empat buah lagu lain iaitu Aku dan Dirimu (Ari Lasso dan Bunga Citra Lestari), Ayat-Ayat Cinta (Rossa), Bila Rasaku Ini Rasamu (Kerispatih) dan Menjaga Hati (Yovie & Nuno).

AIM 16 yang dihoskan oleh tiga pengacara, Afdlin Shauki, Adibah Noor dan Bob Lokman juga menyajikan persembahan hebat dan mantap oleh nama-nama besar industri tempatan seperti Datuk Sheila Majid, M. Nasir, Malique, Misha Omar, Rossa, Faizal Tahir, Hujan, Meet Uncle Hussain, Chakrasonic dan Alyah.

Sebelum itu, acara karpet biru pula akan dihoskan oleh tiga pengacara muda iaitu Sazzy Falak, Awal Ashaari dan Nazrudin Habibur Rahman yang akan bersiaran selama setengah jam pada pukul 8.30 malam.

Sama-sama kita menyaksikan satu lagi sejarah yang akan terlakar malam ini di pentas AIM. Menang atau kalah, itu bukan perkara pokoknya tetapi apa yang lebih penting adalah semangat, aspirasi dan apresiasi muzik tempatan oleh karyawan seni tanah air.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.