saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 03/05/2009

Bekas ADUN meninggal dunia

JOHOR BAHRU 2 Mei – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Puteri, Datuk Ali Mohamed (gambar), 68, meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini hari ini.

Menurut isterinya, Datin Rokiah Othman, 56, doktor mengesahkan suaminya yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, meninggal dunia pada pukul 6 pagi.

“Allahyarham sebelum ini dimasukkan ke HSI pada 21 April lalu kerana terdapat ketumbuhan pada usus besar dan menjalani pembedahan di hospital itu pada 27 April lalu.

“Bagaimanapun selepas pembedahan, badannya menjadi sangat lemah dan kurang selera makan,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Jalan Seruling, Taman Perbadanan Islam di sini hari ini.

Allahyarham meninggal dunia pada hari ulang tahun kelahirannya.

Antara yang menziarahi jenazah di rumahnya adalah Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuh Nooh Gadut dan ADUN Stulang, Mok Chek Hou.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di tanah perkuburan Islam Mahmoodiah berdekatan pusara ayah dan ibunya di sini selepas solat Zuhur.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.