saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 03/05/2009

Satu Malaysia bukan retorik politik - PM


NAJIB Tun Razak memukul gong sewaktu merasmikan Pesta Kaamatan Lembah Klang di Pusat Dagangan Dunia Putra, semalam. Hadir sama Joseph Pairin Kitingan (kiri) dan Dr. Maximus Johnity Ongkili.


KUALA LUMPUR 2 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, gagasan Satu Malaysia adalah konsep yang mempunyai pengisian jitu dan bukannya kenyataan retorik politik semata-mata.

Perdana Menteri berkata, konsep berkenaan juga akan diterjemahkan secara evolusi melalui proses tertentu yang bukannya berlaku dalam satu malam sahaja.

Katanya, paling penting ialah semua pihak menerima idea satu bangsa yang merupakan intipati konsep berkenaan tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan.

"Ia merupakan satu proses, satu perjalanan dan ia tidak berlaku dalam masa satu malam, saya berharap anda semua bersama-sama saya dalam perjalanan ke arah Satu Malaysia.

"Kita akan tiba di sana sebagai satu bangsa dan apabila ia berlaku, Malaysia akan bersatu dalam erti kata sebenar dan muncul sebagai negara yang makmur," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap merasmikan Pesta Kaamatan Lembah Klang di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan yang juga Presiden Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah (KDCA); Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili dan timbalannya, Fadilah Yusof.

Mengulas lanjut, Najib berkata, bagi meningkatkan kefahaman terhadap istilah satu bangsa, rakyat Malaysia perlu mempunyai keyakinan terhadap sikap saling hormat menghormati dan bersikap menerima di antara satu sama lain.

Dalam perkembangan berkaitan, Najib menjelaskan, kehadiran beliau pada majlis itu tanpa dijadualkan adalah selaras dengan pendekatan turun padang yang menjadi amalannya sejak bergelar Perdana Menteri.

"Saya tidak mahu kehadiran saya dinilai dengan sambutan berkompang, permaidani merah, malah latar belakang pentas pada majlis ini juga tiada nama saya.

"Saya singgah di sini bagi meraikan Hari Kaamatan kerana saya adalah Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia," tegasnya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.