saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 03/05/2009

Di sebalik kejayaan Syed Kechik

Apabila hendak mengikuti jejak pelayaran Datuk Senu Abdul Rahman ke Amerika Syarikat (AS) dalam tahun 1949, Syed Kechik Syed Mohamed yang ketika itu berusia 20 tahun telah mengajak seorang rakannya di Alor Setar, Khalid Abdullah untuk turut bersamanya. Tetapi Khalid yang telah berumahtangga telah ditanya oleh isterinya, “Siapa nak jaga dua anak kita.” Khalid telah membatalkan hasratnya itu.

Semangat perjuangan kemerdekaan dan meletusnya keganasan Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyebabkan keadaan darurat diisytiharkan di Malaya telah mendorongkan Senu, seorang guru Melayu yang ketika itu menjadi setiausaha sebuah parti politik Melayu, SABERKAS untuk menyiapkan diri sebagai seorang pejuang tanah air.

Jemputan Presiden Pekembar (UMNO), Dato’ Onn Jaafar untuk menyertai jawatankuasa penggubalan undang-undang bagi sebuah Malaya merdeka menyebabkan Senu merasa dirinya sebagai seorang guru Melayu tidak layak, kerana tidak tahu bahasa Inggeris dan tidak mempunyai kelayakan akademik.

Sementara Senu didorongkan oleh semangat politik, Syed Kechik lebih berminat untuk menjadi seorang bintang filem Hollywood. Pemergian mereka ke AS telah didorongkan oleh seorang guru bahasa Inggeris Mohammed Zain Tajuddin yang juga dari Alor Setar yang telah pun berada di AS untuk menyertainya.

Zain sekarang menetap di AS sebagai pegawai tentera bersara. Senu mencatatkan sejarah sebagai Setiausaha Agung UMNO yang pertama, Tan Sri Khalid Abdullah adalah veteran UMNO dan seorang ahli politik serta peniaga yang berjaya yang pernah menjadi Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan.

Syed Kechik yang bercita-cita menjadi seorang bintang filem, mengakhiri hidupnya sebagai seorang tokoh besar usahawan dan jutawan Melayu, serta mencatatkan namanya dalam sejarah Malaysia sebagai pakar taktik dan strategi politik federalisme di Sarawak dan Sabah ketika awal penyertaan kedua-dua negeri itu dalam Malaysia tahun 1965-1966. Ketika itu kedua-dua negeri berkenaan berada dalam tekanan krisis politik dalaman dan ancaman keselamatan terhadap perpaduan Malaysia dari Singapura dan konfrantasi Indonesia.

Sebuah buku Politic Of Federalism yang ditulis oleh Bruce Ross Larson yang pernah menjadi pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) jurusan komunikasi menceritakan dengan lengkap peranan Syed Kechik merungkaikan kekusutan politik untuk menentukan kedua-dua negeri itu kekal dalam Malaysia.

Walaupun berjasa besar kepada Sabah tetapi beliau terpaksa meninggalkan Sabah pada tahun 1976 dalam keruntuhan pengaruh parti USNO dan pengaruh Ketua Menteri Sabah Tun Mustapha yang dibinanya selama lebih lapan tahun. Orang Sabah tidak melihatnya lagi sebagai penasihat kepada Tun Mustapha tetapi sebagai Ketua Menteri Sabah yang merancang dan mencorakkan ekonomi dan politik Sabah.

Beliau membuatkan rakyat Sabah merasakan Tun Mustapha sentiasa berada dalam negeri dengan membuat kenyataan-kenyataan akhbarnya sekalipun Tun Mustapha sebenarnya banyak berada di luar negara. Rakyat Sabah melihatnya sebagai pencorak politik dan ekonomi Sabah dan bukannya lagi Tun Mustapha.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.