saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 04/05/2009

Lantai kayu mesra alam


pemilihan lantai yang cantik mampu membantu mengindah dan menyerikan keseluruhan ruang kediaman.


MENGHIAS mahupun mengubahsuai kediaman, lantai antara struktur dalaman rumah yang pastinya tidak ketinggalan mendapat sentuhan 'ajaib' si pemilik. Sebabnya, pemilihan lantai yang cantik mampu membantu mengindah dan menyerikan keseluruhan ruang kediaman.

Justeru, pemilik perlu bijak memilih kemasan lantai yang mampu membangkitkan konsep kediaman mereka. Sebaiknya pilihan perlu dibuat bukan berdasarkan kepada cantik semata-mata tetapi ia juga perlu praktikal, selamat dan bersesuaian.

Dalam memilih lantai bersesuaian, ada yang menggemari kecantikan sentuhan jubin yang dilihat mampu menyuntik keluasan dalam ruang rumah ditambah ia amat mudah dijaga, tahan lasak dan murah. Tetapi, andai ingin mewujudkan kehangatan suasana semula jadi ramai yang akan memilih serakan lantai kayu.

Kemasan ini amat sesuai dipasang di bilik tidur, ruang tamu dan ruang menonton kerana ia dikatakan dapat menyerap bunyi.

Ia juga boleh digandingkan dengan kemasan lantai lain seperti marble untuk menonjolkan kelainan. Gandingan kedua-dua material ini amat serasi kerana corak dan nada warnanya yang semula jadi.

Namun, mungkin ramai tidak mahu memilih lantai kayu disebabkan harganya yang mahal dan agak sukar dijaga, selain timbul rasa tanggungjawab untuk tidak terus merosakkan alam sekitar.

Tetapi kini, masyarakat sebenarnya boleh membantu mengurangkan kesan negatif pada persekitaran dan menyelamatkan bumi biarpun memilih lantai kayu, dengan syarat bahan yang dipilih boleh dikitar semula.

Menurut Pengurus Pemasaran Floor Depot, Karen Tan, tidak dinafikan dahulu penggunaan lantai kayu kurang mesra alam dan tidak menjimatkan.

Sebabnya, kala itu lantai kayu dilekatkan menggunakan gam atau paku dan cara itu membuatkan sebahagian besar lantai terbabit tidak boleh dipakai semula seandainya pengguna berpindah rumah.

Tetapi, keadaan tersebut telah berubah sejak diperkenalkan teknik kekunci pencantuman baru tanpa penggunaan paku mahupun gam.

''Melalui teknik terbaru ini, pengguna boleh membuka semula lantai kayu mereka jika ingin ia dipasang di tempat lain. Dan, andai bijak menjaganya ia boleh bertahan dalam jangka masa lama.

''Malah, pengenalan teknik ini bertepatan dengan falsafah Floor Depot dalam usaha kami menghargai alam sekitar secara bersama melalui konsep S.H.E iaitu selamat (safe), sihat (healthy) dan mesra alam (eco-friendly)," katanya ketika ditemui di Karnival Hari Bumi anjuran rangkaian kedai makanan organik Justlife yang berlangsung di IKANO Power Centre, Damansara, Selangor, baru-baru ini.

Karnival yang berganding bahu dengan sebuah syarikat pembangunan hartanah, BluWater Developments itu diharapkan dapat dijadikan pemangkin untuk menggalakkan lebih ramai pemaju membina hartanah berunsurkan gaya hidup mesra alam dan tahan lama.

Antara yang dipamerkan di Karnival Hari Bumi Justlife 2009 itu adalah idea-idea kitar semula, produk-produk mesra alam oleh syarikat-syarikat terpilih, skuter elektrik dan basikal oleh Platinum Logistic.

Sementara itu, menurut Karen lagi, dalam memilih lantai kayu terdapat dua pilihan utama iaitu sama ada menggunakan kayu padu ataupun lantai kayu kemasan kilat (berlamina).

Jelasnya, jika pilihan hati adalah lantai kayu padu pilihlah yang tahan cuaca dan tidak mudah dimakan anai-anai misalnya jati, oak dan merbau.

Namun, masyarakat Malaysia lebih menggemari kayu merbau mungkin disebabkan warna dan ira kayunya yang cantik.

Bagaimanapun, lantai kayu padu agak mahal berbanding lantai kayu kemasan kilat disebabkan ia tidak menggunakan banyak penggunaan kimia semasa proses pembuatannya menyebabkan ia lebih asli, kukuh dan tahan lama.

Tetapi kini, pembelian lantai kayu padu dianggap satu pelaburan yang unik dan berbaloi. Manakan tidak, pengguna boleh menjualnya balik kepada Floor Depot sekurang-kurangnya selepas setahun menggunakan lantai kayu padu tersebut.

Kata Karen, skim pembelian balik kayu padu itu bukan sahaja untuk memberi kebaikan kepada pengguna tetapi juga generasi akan datang apabila langkah itu dapat mengurangkan hasil buangan bahan-bahan kayu dan mengekalkan sumber alam semula jadi di bumi ini.

''Sesiapa yang menjual balik kepada kami akan diberikan semula wang mereka mengikut tempoh penggunaan lantai kayu terbabit. Jika baru setahun memakainya, mereka akan diberikan 10 peratus daripada wang yang dilaburkan untuk membeli lantai kayu itu.

"Tetapi, pengguna akan menerima semula kesemua wang mereka seandainya lantai kayu itu telah digunakan selama 10 tahun," ujarnya.

Beliau menjelaskan, lantai kayu padu yang dibeli semula itu akan diproses kembali untuk dijadikan lantai kayu kemasan kilat. Istimewanya, harga lantai kayu kemasan kilat ini jauh lebih murah berbanding kayu padu.

Namun, menariknya ia mempunyai berbagai-bagai warna dan mempunyai ira kayu yang sama seperti lantai kayu padu serta serta memerlukan penjagaan yang lebih mudah berbanding kayu padu kerana ia tidak mudah meresap air juga tidak mudah bercalar.

Harga bagi lantai kayu kemasan kilat ini bergantung kepada ketebalan dan kemasan permukaan kayunya. Ia dijual antara harga RM7 hingga RM13 untuk satu kaki persegi.

''Apa yang kami harapkan dengan wujudkan skim ini, ia akan dapat mengurangkan kesan negatif pada alam sekitar apabila masyarakat mula bijak memilih untuk menggunakan produk mesra alam yang secara tidak langsung dapat mengurangkan penggunaan kayu dan mengehadkan aktiviti pembalakan," kata Karen.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.