saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 04/05/2009

WHO elak umum tahap wabak

GENEVA 3 Mei - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengelak daripada mengumumkan tahap wabak virus H1N1 di peringkat global hari ini, selepas berlaku kekecohan selama 10 hari sejak kemunculan jangkitan influenza A (H1N1) atau selesema babi di Mexico.

Walaupun, Mexico masih mendapat perhatian utama jangkitan influenza A, WHO turut memantau benua-benua lain.

Badan kesihatan dunia itu bertanggungjawab mengelakkan wabak besar abad ke-21 dengan mengasingkan kes jangkitan di kalangan pelancong yang baru pulang dari Mexico bagi mengelakkan virus tersebut merebak kepada populasi lebih besar.

Pasukan kesihatan yang dihantar ke Mexico juga sedang mengenal pasti punca utama influenza A dan merungkai misteri wabak yang merupakan gabungan komponen selesema babi, burung dan manusia.

Aras amaran dikekalkan pada fasa lima, menunjukkan wabak berada di ambang bahaya sementara fasa enam memberi maksud jangkitan global yang dikhuatiri berlaku.

"Ketika ini kita menjangkakan keadaan akan mencapai fasa enam, tetapi ia diharap tidak berlaku. Saya rasa dalam beberapa hari lagi kita akan tahu keadaannya," kata Pengarah Amaran dan Maklum Balas Global WHO, Mike Ryan.

Pihak berkuasa di Eropah, Asia dan Asia Barat telah mengenakan kuarantin bagi mengelakkan jangkitan daripada mereka yang mungkin dijangkiti vitus tersebut, setelah pulang dari Mexico.

Menteri Kesihatan Mexico, Jose Angel Cordova mengakui virus tersebut 'tidak begitu agresif', seperti mana yang ditakuti dan kini menunjukkan tanda-tanda stabil ketika penduduk di ibu negara Mexico, Mexico City berkurung di dalam rumah.

Bagaimanapun, WHO menegaskan keadaan berjaga-jaga perlu diteruskan kerana sejarah menunjukkan jangkitan virus tidak dapat dijangka. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zuhur 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.