saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 04/05/2009

Jurulatih NFL patah tulang

IRVING, Texas 3 Mei - Jurulatih khas pasukan Dallas Cowboys, Joe DeCamillis patah tulang belakang, sementara lebih 10 orang yang lain cedera semalam apabila bumbung fasiliti latihan NFL roboh akibat dibadai ribut.

DeCamillis dipakaikan dengan penyokong leher ketika diusung keluar dari bangunan pejabat utama dan bekas jurulatih, Dan Reeves, yang juga bapa mertuanya menyatakan bahawa dua vertebra di bahagian pinggang menantunya itu patah.

"Pasukan perubatan berkata dia bertuah kerana tidak lumpuh" kata Reeves, sambil menambah kata bahawa DeCamillis mungkin dibedah.

Ribut itu berlaku ketika 27 pemain menjalani senaman di sebuah kem mini. Terdapat kira-kira 70 orang dalam fasiliti itu, termasuk jurulatih, kakitangan pasukan dan media.

Sepuluh yang cedera dihantar ke hospital dengan ambulans dan dua lagi menaiki kenderaan sendiri.

Bumbung yang runtuh adalah sebuah kanopi yang disokong udara dan kerangka besi yang mengelakkan hujan membasahi padang latihan. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:01
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.