saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 04/05/2009

Ayah mahu pelihara anak

NEW YORK 3 Mei - Ayah kepada kanak-kanak perempuan Afrika yang mahu dijadikan anak angkat oleh bintang popular, Madonna tidak berhajat untuk melepaskan anaknya, sebaliknya mahu membesarkan anaknya itu sendiri, meskipun dia sendiri tidak pernah menemuinya.

James Kambewa, dipercayai bapa kandung kepada Chifundo Mercy James berkata, dia tidak mahu bintang pop itu mengambil anaknya yang berusia empat tahun itu menjadi anak angkat.

"Saya mahu memeliharanya dan saya mampu menjaga anak saya itu sendiri," katanya melalui temuramah dalam 'The Early Show' CBS yang ke udara hari Isnin.

"Mercy adalah anak perempuan Malawi, jadi dia perlu membesar dalam budaya hidup masyarakat Malawi,'' katanya,

Kambewa tidak pernah lupa nama singkatan anak perempuannya itu, meskipun dia tidak pernah berjumpa dengan kanak-kanak itu, kecuali menatapnya gambarnya di dada-dada akhbar dan kaca televisyen.

Jurucakap Madonna, Liz Rosenberg dalam emailnya hari ini berkata, dia (Madonna) tidak pernah tahu bahawa Kambewa adalah bapa kepada kanak-kanak berkenaan, kerana dia (Mercy) tinggal di rumah anak-anak yatim.

"Apa yang saya tahu, Mercy tinggal di rumah anak-anak yatim sejak ia dilahirkan," kata Rosenberg.

Madonna telah mengemukakan rayuan kepada mahkamah bagi mendapatkan kanak-kanak berkenaan sebagai anak angkatnya.

Rayuannya itu akan dibentang di mahkamah Malawi, di tenggara Afrika Isnin ini.

Penyanyi yang kaya dan masih bujang itu sudah pun memiliki seorang anak angkat lelaki, David juga dari Malawi.

Di Malawi, dengan permintaan ibu bapa, bayi berusia 18 hingga 24 bulan boleh ditempatkan di mana- mana rumah kebajikan untuk dijaga oleh badan kebajikan kanak-kanak yang diiktiraf.

Madonna, bagaimanapun berjaya membawa balik David ke London pada tahun 2006 setelah mengemukakan rayuan. - AP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:01
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.