saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 04/05/2009

Teruskan bina jambatan bengkok


ABDUL Halil Abd. Mutalib (kanan) bersalam dengan Presiden Perbekas, Datuk Abd. Rahman Manan selepas merasmikan pejabat baru Persatuan Bekas Kastam Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 3 Mei – Persatuan Bekas Kastam Malaysia (Perbekas) menggesa kerajaan meneruskan pembinaan jambatan bengkok menyeberangi Selat Johor sekiranya Singapura tidak bersetuju dengan cadangan pembinaan jambatan lurus.

Penaung Kehormat II Perbekas, Tan Sri Abdul Halil Abd. Mutalib berkata, jambatan itu mengikut perancangan asalnya boleh dibina merentasi separuh kawasan Malaysia di Tambak Johor sehingga ke sempadan negara itu.

Katanya, pembinaan jambatan itu yang menghubungkan Tanjung Puteri di Johor dan Woodlands di Singapura boleh mengelakkan berlakunya kesesakan lalu lintas yang teruk.

Menurutnya, pembinaan jambatan tersebut juga untuk kepentingan ekonomi kedua-dua negara yang membolehkan kapal-kapal kecil melalui Selat Tebrau tanpa terhalang oleh tambak selain melancarkan perjalanan darat menghala kedua-dua belah negara.

“Penggunaan link kedua tidak dapat mengurangkan kesesakan kerana pemandu tidak menggunakan laluan tersebut kerana dikatakan jauh.

“Perbekas berharap kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan dapat meneruskan kembali pembinaan jambatan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas perasmian pejabat baru Perbekas di sini hari ini.

Pembinaan jambatan bengkok atau lebih dikenali jambatan indah itu merupakan cetusan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang bernilai RM600 juta bagi menggantikan Tambak Johor yang dibina pada 1924.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, beliau mencadangkan projek jambatan lurus dapat dilaksanakan menghubungkan Malaysia dan Singapura.

Abdul Halil berharap kepimpinan baru di bawah Najib menimbang semula keputusan yang dibuat pada 2006 untuk membatalkan projek jambatan bengkok itu sekiranya jambatan lurus tidak dapat dibina.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, beliau berkata, pihaknya memohon agar kerajaan menambah peruntukan sedia ada yang diberikan kepada Perbekas.

“Bermula tahun 2006, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM50,000 setahun dan jumlah ini tidak mencukupi.

“Jumlah yang diberikan hanya digunakan untuk membayar kebajikan ahli yang sakit dan meninggal dunia,” katanya.

Beliau berkata, Perbekas juga mahu kerajaan mempertimbangkan pemberian geran permulaan yang besar sebanyak RM500,000 kepada persatuan itu selain tambahan peruntukan kepada RM100,000 setahun untuk persatuan itu menjalankan pelbagai aktiviti.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.