saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 04/05/2009

Pas Selangor akui gagal penuhi tuntutan ahli

PASIR PUTEH 3 Mei – Pas mengakui masih gagal memenuhi tuntutan ahlinya dalam pentadbiran kerajaan pakatan pembangkang di Selangor terutama membabitkan isu penutupan kilang arak.

Exco Kerajaan Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata, parti itu hanya memainkan peranan minoriti dalam kerajaan negeri kerana masih bergantung pada konsep muafakat bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

‘‘Kita masih gagal memenuhi tuntutan ahli Pas yang mempersoalkan bilakah usaha untuk menutup kilang arak di Selangor dilaksanakan.

‘‘Masalah ini berlaku kerana pemimpin Pas yang menerajui negeri ini masih tidak mencapai tahap majoriti namun tetap mendapat sokongan padu daripada masyarakat Cina dan India di negeri itu,’’ katanya.

Beliau berucap merasmikan Mesyuarat Agung Pas Kawasan Pasir Puteh Kali ke-50 di Sekolah Menengah Agama Saniah dekat sini semalam.

Menurut Iskandar, Pas boleh melakukan perubahan drastik sekiranya semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di negara ini berjaya dimenangi dalam pilihan raya umum akan datang.

‘‘Tetapi kita masih tetap berpegang pada konsep saling bantu-membantu dan pengagihan hak sama rata dalam kerajaan pakatan,’’ katanya.

Mesyuarat itu dihadiri 919 perwakilan dari kawasan DUN Selising, Limbongan, Gaal dan Semerak yang turut menyaksikan pengundian bagi merebut semua jawatan dalam pemilihan jawatankuasa baru Pas kawasan tersebut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:01
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.