saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 04/05/2009

Perlis mahu ulama isi jawatan tertinggi

KANGAR 3 Mei – Dua jawatan tertinggi dalam Pas iaitu Presiden dan Timbalan Presiden perlu terdiri daripada golongan ulama yang mempunyai pendidikan formal dan berpengetahuan tinggi dalam bidang agama.

Pesuruhjaya Pas Perlis, Hashim Jasin berkata, pemimpin dalam kalangan ulama dapat melahirkan kepimpinan parti yang lebih dipercayai dan disenangi oleh rakyat.

Beliau berkata, kaedah pemilihan melalui cara itu perlu dipertahankan kerana ia terbukti memberi kebaikan dan kesan baik kepada parti tersebut.

‘‘Apa-apa jawatan sekali pun perlu ada kepimpinan ulama. Tetapi bagi saya, dua jawatan penting dalam Pas itu perlu dalam kalangan ulama,’’ katanya yang juga Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan muka depan Utusan Malaysia berhubung dua jawatan tertinggi Pas mesti disandang oleh ulama berpendidikan formal dan berpengetahuan tinggi dalam bidang agama.

Hashim berkata, konsep kepimpinan ulama juga dapat mengelak daripada berlakunya perbuatan lompat parti dalam kalangan pemimpin Pas ke parti lain.

‘‘Dahulu dalam Pas terdapat banyak perbuatan lompat parti tetapi melalui konsep kepimpinan ulama, tindakan ini berkurangan kerana mereka lebih menyayangi perjuangan parti dan agama,’’ jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:00
Asar 4:19
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.