saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 04/05/2009

Tidak ada dalam perlembagaan – Pas Melaka

MELAKA 3 Mei – Tidak adapun dalam Perlembagaan Pas yang menetapkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti itu mesti disandang oleh ulama.

Demikian tegas Pesuruhjaya Pas Melaka, Abd. Ghani Abd. Rahman.

Sehubungan itu, beliau berpendapat sesiapa sahaja bebas membuat cadangan dan pandangan berhubung siapa yang layak menduduki dua jawatan tertinggi parti itu.

‘‘Pas negeri melihat apa yang berlaku ketika ini satu perkembangan yang sihat. Asalkan apa yang diperkatakan itu tidak terkeluar daripada perlembagaan parti,’’ katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama parti itu, Datuk Mohamed Daud Iraqi yang mahukan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Pas disandang oleh golongan ulama.

Mengulas lanjut, kata Abd. Ghani, tiada salahnya untuk mana-mana pihak termasuk daripada kalangan pemimpin tertinggi parti membuat cadangan atau usul sedemikian.

‘‘Dia boleh buat cadangan dan cakap apa saja, tidak mengapa asal jangan melanggar perlembagaan parti,’’ katanya.

Ditanya pendirian Pas negeri dalam perkara itu, katanya, perkara tersebut perlu dibincang dan ditentukan dalam Muktamar Pas Jun ini.

‘‘Bagi Pas negeri, kita mengikut saja apa keputusan yang akan dibuat,’’ katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.