saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 04/05/2009

Penanti: Hadi ulangi sokong calon PKR

PETALING JAYA 3 Mei - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengulangi pendirian parti itu untuk menyokong calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mansor Othman yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Pulau Pinang.

Abdul Hadi berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan beberapa faktor antaranya PKR telah bertanding di kawasan itu pada pilihan raya umum (PRU) tahun lepas dan memenanginya.

"Kita telah buat keputusan bahawa PKR yang bertanding di Penanti. Ini keputusan yang kita muktamadkan kerana parti itu yang menjadi calon pada PRU lalu.

"Tak perlu dipertikaikan lagi. Mereka lebih wajar untuk bertanding. Itu tempat mereka yang kita sahkan. Kita juga telah mengarahkan jentera parti di peringkat negeri dan kawasan supaya memberi sokongan penuh kepada calon itu," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

Beliau mengulas desakan Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohd. Hafiz Mohd. Nordin supaya pimpinan parti menimbangkan meletak calon Pas bertanding di DUN Penanti 31 Mei ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Isnin lepas menetapkan tarikh penamaan calon pada 23 Mei dan sekiranya ada pertandingan, hari pengundian pada 31 Mei.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan peletakan jawatan penyandangnya yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin, 32, berkuat kuasa 16 April lepas.

Setakat ini, Barisan Nasional (BN) masih belum memutuskan sama ada akan meletak calon mereka untuk bertanding di Penanti.

Dalam perkembangan lain, Abdul Hadi yang turut ditanya mengenai perlunya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti itu diisi golongan ulama, hanya berkata: "Itu sudah dijelaskan". - BERNAMA.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.