saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 04/05/2009

Zambry lapor polis tuduhan ADUN Titi Serong

IPOH 3 Mei – Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir malam ini membuat laporan polis terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Khalil Idham Lim berikutan satu tuduhan yang disifatkan beliau sebagai amat menjijikkan dan tidak bertanggungjawab.

Dalam sidang akhbar yang diadakan di kediamannya di sini, Zambry berkata, beliau tidak akan bertoleransi dengan tuduhan-tuduhan liar yang dibuat oleh Khalil melalui laman blognya.

‘‘Ini suatu tindakan untuk menanamkan kebencian rakyat menjelang sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) 7 Mei ini. Tuduhan ini sangat merbahaya kerana ia dikeluarkan oleh seorang bergelar Yang Berhormat.

‘‘Saya telah membuat satu laporan polis dan akan mengambil tindakan susulan berdasarkan undang-undang yang ada,’’ katanya di sini malam ini.

Dalam laman blognya itu, ADUN Titi Serong antara lain mempersoalkan tindakan Zambry dan Barisan Nasional (BN) membenarkan dewan persidangan dimasuki ‘bomoh’ untuk ‘menjampi’ kerusi Speaker.

Menurut Khalil, beliau sanggup menghadapi risiko atas tuduhannya itu kerana yakin maklumat yang diterima tentang perkara tersebut cukup jelas dan dipercayai daripada seorang pegawai kerajaan.

Mengulas lanjut, Zambry berkata, beliau pelik bagaimana seorang wakil rakyat yang menganggap dirinya ustaz tergamak melakukan tuduhan begitu.

‘‘Bayangkan, beliau boleh mengeluarkan kenyataan dan tuduhan sebegitu rupa. Saya melihat perkembangan terbaru ini sebagai tindakan terdesak pihak pembangkang untuk mengapi-apikan perasaan rakyat,’’ ujar beliau.

Zambry berkata, beliau tidak akan membiarkan pemimpin parti pembangkang di negeri ini terus ‘menyalakan api’ kebencian rakyat termasuk tindakan mengheret Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria dalam tuduhan itu.

Katanya, beliau berbincang dengan peguamnya bagi membolehkan tindakan susulan yang dimaksudkannya diambil dalam tempoh terdekat ini.

Sementara itu, jurucakap Balai Polis Kampung Rapat ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis oleh Zambry pada pukul 8.45 malam.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:10
Asar 4:32
Maghrib 7:06
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.