saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 04/05/2009

Saya tidak tahu langsung spekulasi Soi Lek - Tee Keat

KUALA LUMPUR 3 Mei - Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, beliau tidak tahu menahu langsung berhubung spekulasi Timbalannya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek akan melompat parti dan menyertai pakatan pembangkang.

Katanya, maklumat yang beliau tahu sehingga setakat ini berhubung spekulasi Soi Lek akan menyertai pakatan pembangkang itu tidak lebih daripada apa yang dilaporkan di dalam media.

''Saya rasa adalah lebih baik dan relevan untuk anda (wartawan) mendapatkan maklumat serta reaksi lanjut daripada orang yang melaporkan isu ini termasuk Soi Lek sendiri.

''Saya tidak berminat untuk menjawab dakwaan yang timbul terutama apabila ia berkaitan dengan agenda peribadi orang lain. Anda jangan tanya seseorang yang hanya mengetahui isu ini melalui akhbar,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Program Amal dan Penyayang 2009 sempena Hari Wesak anjuran Buddhist Maha Vihara, Brickfields di sini hari ini.

Pada majlis itu, Tee Keat turut mewakili kerajaan Malaysia untuk menerima tiga kornea mata yang diderma oleh kerajaan Sri Lanka bagi membantu memulihkan penglihatan tiga orang buta di negara ini.

Kornea itu disampaikan oleh Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka di Malaysia, Dr. D. Ranasinghe.

Sebuah laman portal, The Nut Graph baru-baru ini memetik kenyataan Soi Lek bahawa beliau tidak menolak kemungkinan melompat parti dan menyertai pembangkang kerana dikatakan semakin tidak berperanan dalam parti termasuk sebagai Pengerusi Biro Pemantauan Dasar Kerajaan.

Soi Lek dilaporkan memberitahu, beliau dipujuk melompat parti sejak dikaitkan dengan skandal cakera video digital (DVD) rakaman aksi seks dan kemudian berulang selepas memenangi jawatan Timbalan Presiden sebelum pujukan itu menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Ditanya adakah beliau akan berjumpa dan berbincang dengan Soi Lek berhubung spekulasi tersebut, Tee Keat bagaimanapun bertanya balik sama ada beliau mempunyai keperluan untuk berbuat demikian.

''Kita dilahirkan di dunia ini bukan untuk menjawab pelbagai jenis spekulasi dan dakwaan yang timbul kerana ada banyak lagi tanggungjawab penting dan bermakna yang perlu kita tunaikan setiap hari,'' ujarnya.

Tee Keat menjelaskan, sekiranya sesuatu isu yang timbul itu berkaitan dengan parti, maka ia perlu disuarakan dan dibawa berbincang di dalam parti itu sendiri.

Katanya, MCA menyediakan platform secukupnya untuk Soi Lek menyuarakan masalahnya di dalam parti.

''Soi Lek memberitahu banyak perkara kepada pihak media, namun beliau ada juga memberi kenyataan berbeza kepada pemimpin-pemimpin tertentu.

''Kalau setiap hari ada orang menimbulkan spekulasi seumpama ini, adakah kita perlu mengetepikan perkara lain yang penting dalam kehidupan seharian semata-mata untuk menyelesaikan dakwaan yang timbul berikutan agenda peribadi seseorang?" katanya.

Sementara itu, Soi Lek ketika dihubungi, enggan mengulas lanjut mengenai spekulasi beliau akan lompat parti dan menyertai pakatan pembangkang.

''Apa yang hendak saya cakap telah disiarkan dalam The Nut Graph, malah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pun telah memberikan reaksi beliau,'' katanya.

Menurut Soi Lek, setakat ini, beliau belum membuat keputusan sama ada hendak berjumpa dengan pemimpin-pemimpin MCA yang lain untuk menjelaskan spekulasi tersebut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zuhur 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.