saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 04/05/2009

Speaker mohon Sultan Perak tangguhkan sidang DUN

04/05/2009 4:57pm

IPOH 4 Mei — Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V. Sivakumar hari ini memohon Sultan Perak Sultan Azlan Shah menimbang supaya persidangan dewan itu yang dijadual Khamis ini ditangguhkan sehingga isu siapa Menteri Besar yang sah diputuskan oleh mahkamah.

Sivakumar berkata permohonan itu dibuat dalam sepucuk surat yang dihantar kepada Istana Kinta di sini pada 11 pagi tadi.

“Saya berpendapat adalah tidak munasabah sidang DUN diadakan dalam kedudukan Menteri Besar yang masih dalam pertikaian di mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kes mengenai siapa antara Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar sedang dalam proses perbicaraan di Mahkamah Tinggi.

Sivakumar turut memberi alasan kebimbangan berlakunya pertelingkahan yang sukar dikawal jika persidangan dewan itu diadakan Khamis ini.

“Pada jangkaan saya kedua-dua pihak akan bertikam lidah mempertahankan pendirian masing-masing,” katanya. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.