saya nak baca ..

POLIS & TENTERA


ARKIB : 05/05/2009

Anggota Malcon akan ditambah


PARA pegawai dan anggota Malcon 3 bergambar sebaik selamat sampai di Pangkalan TUDM, Subang, baru-baru ini.


SUBANG 4 Mei - Markas Angkatan Bersama Kementerian Pertahanan berhasrat menambah seramai 150 anggota pasukan pengaman Kontinjen Malaysia (Malcon) bagi misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Lebanon (UNIFIL) hujung Mei ini.

Panglimanya, Leftenan Jeneral Datuk Allatif Mohd. Noor berkata, tambahan itu merupakan satu cadangan yang dibuat oleh pihaknya bagi mendapatkan pengiktirafan PBB dan menaik taraf pasukan itu kepada sebuah batalion Malaysia (Malbatt).

Katanya, cadangan yang telah dipersetujui di peringkat Kementerian Pertahanan itu akan dibawa ke Kabinet dalam tempoh dua minggu lagi untuk kelulusan.

"Setakat ini, kita mempunyai 600 anggota keseluruhan yang berkhidmat di bawah PBB di negara berkenaan melibatkan pasukan Malcon East dan Malcon West.

"Namun, kita bercadang untuk menambah lagi pasukan kita di negara berkenaan bagi mendapatkan pengiktirafan PBB sebagai satu batalion untuk menjalankan misi pemantauan dan keamanan di negara berkenaan.

"Bagaimanapun, cadangan itu perlu mendapatkan kelulusan Kabinet terlebih dahulu. Sekiranya diluluskan, kita harap ia dapat dilaksanakan hujung Mei ini berikutan keadaan semasa di Lebanon termasuk kemungkinan berlaku pilihan raya di negara itu Jun ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menyambut ketibaan 203 anggota Pasukan Malcon East III-UNIFIL yang menamatkan tugas mereka di Lebanon selama sembilan bulan di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini baru-baru ini.

Pasukan yang terdiri daripada 33 orang pegawai dan 170 anggota lain-lain pangkat itu merupakan sebahagian daripada pasukan pengaman yang bertanggungjawab memantau, mengekalkan kestabilan serta keselamatan di negara berkenaan di bawah panji-panji PBB.

Dalam pada itu, Allatif turut memberitahu, bagi memastikan keberkesanan misi pengaman di Lubnan, PBB sekurang-kurangnya memerlukan 15,000 anggota yang berkhidmat di bawah badan dunia itu di bawah UNIFIL.

"Setakat ini PBB mempunyai 12,000 anggota di bawah pasukan UNIFIL. Bagaimanapun jumlah itu dilihat tidak begitu ideal bagi memastikan usaha pemantauan dan memastikan kestabilan di negara berkenaan dapat dilakukan dengan berkesan.

"Maka, jumlah 15,000 anggota dilihat sebagai bilangan yang cukup ideal. Oleh itu, penambahan anggota yang kita cadangkan adalah bertepatan bagi mematikan tugas dapat dilakukan dengan lebih menyeluruh," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.