saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 06/05/2009

Kekeliruan Siti


SITI NURHALIZA


PERTAMA sekali, Papa ingin mengucapkan tahniah kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza di atas kecemerlangannya memenangi empat anugerah di Anugerah Industri Muzik Ke-16 (AIM 16), malam Sabtu lalu.

Album Lentera Timur berjaya dinobatkan sebagai Album Terbaik dan ia merupakan kali kelima album Siti merangkul kejuaraan itu selepas album Adiwarna (1999), Seri Balas (2000), E.M.A.S (2004) dan Transkripsi (2007).

Lebih membanggakan apabila sekali lagi Siti dinobatkan sebagai pemenang Vokal Wanita Terbaik untuk kali ke-10.

Wow!! Rasanya itulah rekod peribadi Siti yang sehingga kini tiada siapa yang mampu menandinginya selepas 12 kali memenangi Penyanyi Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular 2008 baru-baru ini.

Biarpun ramai yang berkata, populariti Siti sudah tidak lagi berbisa selepas berkahwin, ternyata, semua itu silap kerana Siti membuktikan dia masih lagi relevan di dalam industri.

Papa pun kalau boleh mahu lihat Siti pergi jauh dalam bidang seni kerana kehebatan Siti di negara ini sudah terbukti dan sememangnya Siti sudah layak di gelar seorang legenda.

Dalam kesibukan mengatur perancangan untuk konsert istimewanya di Istana Budaya bulan depan, Papa ada terdengar khabar angin mengatakan lagu Di Taman Teman sudah pun dicalonkan untuk Muzik-Muzik 24.

Biar betul, sebab apa yang Papa tahu, Siti memang mahu berehat daripada bertanding dalam Muzik-Muzik.

Namun menerusi catatan terbaru yang disiarkan di laman web rasminya, www.sitizone.com, Siti ternyata keliru dengan berita tersebut.

"Mengenai pencalonan Muzik-Muzik, Siti juga tidak tahu bagaimana mahu menjelaskannya. Siti juga terkejut dengan pencalonan itu dan SNP sendiri tidak membuat pencalonan untuk album Lentera Timur. Siti difahamkan format Muzik-Muzik sudah berubah dan lagu yang masuk ke carta akan dicalonkan.

"Siti sudah jelaskan mahu berehat dari Muzik-Muzik kepada pihak penerbitan sedari awal lagi dan SNP juga tidak mencalonkan mana-mana lagu Siti. Isu ini Siti tidak dapat rungkaikan sekarang. Harapan Siti agar isu ini nanti akan dapat ditangani oleh TV3," demikian kata Siti seperti mana yang terkandung dalam laman webnya itu.

Ha? Macam mana tu? Papa harap pihak TV3 akan dapat selesaikan hal ini dan leraikan segala kekusutan.

Sementara itu, bagi peminat Siti yang mahu mengundi lagu Di Taman Teman, boleh berbuat demikian dengan menaip MM<jarak>D356 hantar ke 33399.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.