saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 08/05/2009

Mas Selamat guna pelampung untuk melarikan diri

08/05/2009 5:13pm

SINGAPURA 8 Mei Mas Selamat Kastari, yang disyaki pemimpin kumpulan militan Jemaah Islamiah telah menggunakan apa sahaja alat yang boleh dijadikan pelampung untuk melarikan diri dari pantai utara Singapura ke Johor Baharu.

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Singapura Wong Kan Seng berkata ini berlaku selepas dia menyelamatkan diri dari Pusat Tahanan Jalan Whitley pada 27 Feb tahun lepas di mana dia ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Wong berkata demikian di sini hari ini dengan kementeriannya mengesahkan penangkapan Mas Selamat oleh Polis Cawangan Khas Malaysia pada 1 April.

Wong yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata Singapura gembira bahawa Mas Selamat telah dapat ditangkap sambil menambah bahawa polis Malaysia telah menjalankan tugas dengan cemerlang.

Mas Selamat akan dibawa balik ke Singapura dan dihantar ke pusat tahanan yang sama sekali lagi dengan langkah-langkah keselamatan yang dipertingkatkan, selepas Malaysia menyelesaikan soal siasat mereka, katanya.

Wong berkata Mas Selamat berjaya ditangkap selepas pihak berkuasa Malaysia mendapat maklumat dari rakan sejawatan di negara ini akhir tahun lepas, dan kerajaan Singapura telah dimaklumkan mengenai tangkapan itu sebaik sahaja ia dilakukan.

Mas Selamat dikatakan sebagai dalang yang disyaki dalam komplot untuk menawan sebuah pesawat dan merempuh lapangan terbang Changi.

BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.