saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 08/05/2009

Ketua kampung kecewa


Abu Bakar Shaari (tengah), Mohd. Zin Dawod (kanan) dan Ketua Kampung Perigi Nenas, Zulkefli Abdul Wahab menunjukkan surat dan risalah Karnival Sukaneka Rakyat DUN Pelabuhan Klang yang sepatutnya berlangsung minggu lalu.


PELABUHAN KLANG 7 Mei – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila didakwa membatalkan Karnival Sukaneka Rakyat anjurannya tanpa sebab munasabah pada minggu lalu.

Tindakan wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu telah menimbulkan kemarahan para peserta pertandingan yang kecewa apabila tidak menerima hadiah yang dijanjikan.

Malah ada peserta pertandingan bola sepak, sepak takraw dan bola jaring yang mewakili tujuh kampung dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) itu merancang untuk bertindak lebih agresif dengan memecah masuk pejabat wakil rakyat berkenaan tetapi tindakan itu berjaya dihalang.

Turut kecewa dengan pembatalan karnival tiga hari yang sepatutnya diadakan pada 1 hingga 3 Mei lalu di Padang Ventoran di sini ialah ketua-ketua kampung di kawasan Pelabuhan Klang yang bertungkus-lumus merancang karnival itu.

Mereka melahirkan rasa kecewa dan kesal dengan sikap Badrul Hisham itu kepada pemberita kerana mendakwa ADUN mereka itu sering mungkir janji dan tidak melaksanakan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat dengan betul.

Wakil mereka yang juga Ketua Kampung Pandamaran Jaya, Abu Bakar Shaari berkata, sejak memegang jawatan sebagai ADUN, wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) jarang-jarang turun padang dan berjumpa dengan pemimpin setempat apatah lagi mengambil tahu masalah yang dihadapi penduduk-penduduk kampung di bawah tanggungjawabnya.

Dakwanya, tindakan Badrul Hisham yang mungkir janji kerana tidak hadir merasmikan Karnival Sukaneka Rakyat Pelabuhan Klang anjuran pejabatnya sendiri dan keputusannya membatalkan hari kedua dan ketiga karnival itu pada saat-saat akhir begitu mengecewakan dan menimbulkan kemarahan para peserta karnival termasuk ketua-ketua kampung.

“Bayangkan, kami telah buat persiapan tetapi lain yang jadi... Kini pemenang pertandingan bola sepak, bola jaring dan sepak takraw menunggu hadiah yang dijanjikan oleh beliau.

“Semua ketua kampung menjadi sasaran peserta berhubung pembatalan pertandingan dan kami pula bingung kerana tindakan Badrul Hisham yang langsung tidak profesional.

“Kerana tidak berpuas hati, saya dan ketua-ketua kampung yang lain juga telah menghantar memorandum bantahan kepada Pejabat Daerah agar peruntukan untuk karnival itu dibatalkan,” dakwanya.

Ketua Kampung Pendamar, Mohd. Zin Dawod pula berkata, ini bukan kali pertama Badrul Hisham memungkiri janji dan lebih menarik perhatian, pasukan kompang yang didatangkan khas bagi menyambut beliau (Badrul Hisham) juga terpaksa pulang kerana ketidakhadiran wakil rakyat itu ke karnival berkenaan.

“Peserta terdiri daripada penduduk lapan buah kampung di dalam DUN ini dan ada di antaranya telah memberikan komitmen untuk menyertai kesemua acara bagi karnival selama tiga hari itu.

“Sejak setahun yang lalu, jika ada insiden sebegini, pembantu-pembantu beliau (Badrul Hisham) hanya menyalahkan satu sama lain tanpa memikirkan kesan yang dialami oleh penduduk di sini,” dakwanya lagi.

Sehubungan itu, Mohd. Zin merayu Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memandang serius masalah itu dan mengkaji kebenaran dakwaan penduduk Pelabuhan Klang mengenai Badrul Hisham.

Sementara itu, Badrul Hisham gagal dihubungi bagi mendapatkan komen berhubung dakwaan itu.

Beliau sebelum ini dikaitkan dengan kes tangkap khalwat di sebuah hotel dan digembar-gemburkan mahu melompat parti selain didakwa sukar ditemui penduduk kawasan itu untuk meminta bantuan.

Beliau bagaimanapun menafikan semua dakwaan itu dan menyifatkan berita itu sebagai palsu dan hanya mahu menjejaskan imej beliau selaku wakil rakyat PKR.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.