saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 10/05/2009

4 syarikat minat melabur di Taman Teknologi Tinggi Senai

KULAIJAYA 9 Mei - Sebanyak empat syarikat antarabangsa menunjukkan minat untuk melabur dalam bidang kejuruteraan kapal terbang di Taman Teknologi Tinggi Senai, di sini yang akan dimulakan pembinaannya Julai ini.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulai (MPKu), Ismail Karim berkata, syarikat berkenaan dijangka terlibat dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D), membaik pulih kapal terbang dan aspek berkaitan dengan kejuruteraan kapal terbang.

Namun, menurutnya, spesifikasi syarikat-syarikat berkenaan masih lagi dalam peringkat perbincangan.

"Pihak kami percaya bahawa mereka mampu untuk merancakkan lagi pembangunan di kawasan Kulaijaya ini.

"Taman Teknologi Tinggi yang mampu memuatkan sebanyak 300 kilang itu akan dimulakan pembinaannya Julai ini dan dijangka beroperasi dalam pertengahan tahun depan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis di Menara MPKu di sini semalam.

Menurutnya, Taman Teknologi Tinggi berkenaan membabitkan kawasan seluas 400 hektar dan diyakini mampu untuk memberi peluang pekerjaan baru kepada masyarakat setempat.

"Kewujudan Taman Teknologi Tinggi itu akan menjadi tarikan dan pilihan utama para pelabur untuk melabur di kawasan Iskandar Malaysia," katanya.

Mengenai majlis berkenaan, seramai 19 ahli Majlis MPKu mengangkat sumpah di hadapannya hari ini.

Daripada jumlah tersebut, lima muka lama turut dikekalkan dan selebihnya merupakan muka baru.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.