saya nak baca ..

JENAYAH


ARKIB : 10/05/2009

Cuma hubungi dua kenalan

JOHOR BAHARU 9 Mei – Sejurus selepas berjaya memasuki Johor dari Singapura, Mas Selamat Kastari yang didakwa mengetuai kumpulan militan Jemaah Islamiyah (JI) di Singapura telah menemui dua kenalan yang amat dipercayainya di Johor Baharu.

Bernama difahamkan ketika berada di Johor, ketua pengganas itu telah menemui lelaki yang dikenali sebagai Abdul Matin yang tinggal di Ulu Tiram dan Johar Hassan yang menginap di sebuah kawasan perkampungan di Skudai.

“Sejurus tiba di Johor selepas berenang daripada Woodlands, Singapura, Mas Selamat telah ke Ulu Tiram mencari Abdul Matin yang dipercayai merupakan seorang anggota biasa JI,” menurut sumber yang mempunyai pengetahuan tentang penangkapan ketua pengganas itu.

Tidak lama selepas itu, warga Singapura yang melarikan diri daripada penjara kawalan maksimum republik itu tahun lepas telah menemui Johar, seseorang yang bersimpati terhadap perjuangan JI di Skudai, katanya.

Sebagaimana yang telah dilaporkan oleh media tempatan dan antarabangsa sebelum ini, Abdul Matin dan Johar telah ditahan polis pada 1 April lepas di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan penangkapan Mas Selamat yang kini ditahan di bawah ISA bagi tujuan siasatan lanjut polis.

Sumber itu memberitahu, sepanjang masa berada di Johor, Mas Selamat dipercayai hanya berhubungan dengan dua lelaki terbabit yang amat dikenali dan dipercayainya.

Kenyataannya itu menyangkal dakwaan sebuah badan pemikir keganasan antarabangsa, International Crisis Group (ICG) di dalam artikel yang disiarkan laman web akhbar The Straits Times Singapore hari ini dengan memetik kenyataan penganalisis ICJ Sidney Jones sebagai berkata, bahawa pengaruh dan rangkaian JI di Malaysia serta Johor masih kuat.

ICG mendakwa kemampuan Mas Selamat untuk tinggal di Johor hampir setahun tanpa ditangkap pihak Malaysia menunjukkan rangkaian JI yang masih wujud di negeri itu masih komited terhadap kumpulan militan terbabit dan perjuangannya.

Sumber Bernama itu memberitahu kenyataan ICG itu adalah tidak munasabah dan tidak boleh diterima, malah penganalisis badan pemikir itu tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang kedudukan JI di Malaysia.

“Sepanjang masa Mas Selamat bersembunyi di Johor, beliau hanya berhubungan dengan dua lelaki itu sahaja. Itu membuktikan bahawa dia tidak mendapat sokongan dan simpati,” katanya.

Sementara itu, beliau turut mendedahkan bahawa Mas Selamat ketika berada di Johor pernah merancang untuk melarikan diri ke selatan Filipina atau Indonesia, tetapi tidak meneruskannya kerana menyangka Johor merupakan kawasan selamat untuk persembunyiannya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.