saya nak baca ..

FORUM


ARKIB : 11/05/2009

Baliklah orang luar, jangan ganggu kami di Perak

SAYA seorang suri rumah sepenuh masa. Saya mempunyai anak-anak yang bersekolah di sekolah rendah. Situasi di Perak menyedihkan saya dan keluarga.

Pada fahaman saya, segala perkara asas mengenai perundangan sudah di bawa ke mahkamah.

Sepatutnya sementara menunggu keputusan itu, jalankanlah hari-hari kita seperti biasa.

Orang-orang dari luar negeri Perak tidak payahlah datang mengganggu dan konon memperjuangkan perkara yang saya tidak pasti adakah mereka faham apa maksudnya kepada orang-orang Perak sendiri. Ini bersangkutan dengan Sultan kami, pemerintahan negeri kami, biarlah kami yang nilai dan buat pertimbangan. Kalau kami nak berbalah biarlah kami anak Perak yang berbalah, siapa lebih hormatkan Sultan; siapa lebih derhaka pada Sultan; siapa lebih berjasa dan sayang pada negeri Perak; siapa lebih matang fikiran dan waras akalnya dan siapa yang hanya sayangkan kuasa dan pangkat dan tidak lagi ingat akan kepentingan rakyat.

Baliklah, jenguklah anak, isteri, suami, keluarga di rumah. Perjuangkanlah keluarga, didiklah mereka menjadi orang-orang yang baik. Tidak perlulah datang ke Ipoh, Kuala Kangsar, Bukit Gantang buat demonstrasi jalanan. Anak-anak kami mahu ke sekolah, jalan di tutup merata-rata, kawalan polis diketatkan untuk mengawal anda. Kasihanlah kami.

Baliklah. Minggu ini anak-anak kami ada peperiksaan, berilah mereka peluang untuk belajar dengan aman dan tenang. Perjuangan anak-anak kami dalam pelajaran untuk memartabatkan lagi agama dan bangsa juga jihad yang diredhai Allah SWT.

Berbalik kepada anak-anak saya, apa yang hendak dijawab apabila parti yang melaung-laungkan keadilan tidak berlaku adil bukan sahaja kepada diri mereka tetapi menganiaya rakyat dengan tindakan mereka?

Apa hendak dijawab apabila parti yang melaung-laungkan Islam tidak berkelakuan seperti orang Islam yang tinggi akhlak, menghormati orang lain dan penuh adab sopan, tetapi sebaliknya menunjukkan kebiadaban dan kekerasan hati yang tidak waras?

Apa hendak dijawab apabila parti yang melaung-laungkan keluhuran undang-undang tidak menghormati undang-undang termasuk asas-asas Perlembagaan di atas mana negeri ini dibina. Parti yang begitu cilik dan bermuka-muka dalam berjuang sehinggakan keputusan Sultan mahupun mahkamah diketepikan apabila ia tidak memihak kepada mereka. Perjuangan jenis apakah ini?

Bagaimana saya nak jelaskan pada anak saya? Di mana kewarasan akal yang dikurniakan Tuhan? Cerminlah diri. Insaflah. Jangan kerana emosi semuanya digadaikan. Baliklah.

CEMPAKA SARI

Ipoh, Perak

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.