saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 11/05/2009

Muzium Sastera Melaka bakal berwajah baru

MELAKA 10 Mei – Muzium Sastera Melaka yang terletak dalam Kompleks Muzium Stadhuys di sini, bakal berwajah baru apabila kerja-kerja menaik taraf bangunan tersebut siap sepenuhnya hujung bulan ini.

Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (Perzim), Khamis Abas berkata, bangunan dan ruang dalaman pameran muzium itu sedang giat dibaik pulih sejak Julai tahun lalu bagi memastikan bangunan tinggalan zaman penjajahan British itu terus utuh.

Katanya, kos baik pulih Muzium Sastera Melaka menelan belanja sebanyak RM1.7 juta.

‘‘Apabila siap sepenuhnya, Muzium Sastera Melaka bukan sahaja akan mencantikkan lagi bangunan bersejarah tersebut malahan memberikan keselesaan kepada pengunjung dengan penambahan ruang pameran,” katanya di sini hari ini.

Bangunan yang dibina pada zaman British itu dipercayai digunakan sebagai rumah kediaman.

Selain itu, bangunan tersebut pernah dijadikan sebagai bilik tahanan pesalah sebelum menjalani hukuman semasa zaman pemerintahan Jepun.

Utusan Malaysia difahamkan, Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka merupakan agensi terakhir menggunakan bangunan tersebut iaitu sekitar tahun 1974 sebelum diubah suai menjadi sebuah muzium.

Khamis berkata, fokus pameran muzium selepas dinaik taraf akan memberi tumpuan kepada karya sastera yang disumbangkan oleh tokoh sasterawan dari Melaka antaranya termasuk Tun Sri Lanang.

Tokoh-tokoh lain termasuk Munshi Abdullah pada zaman transisi barat, Syed Sheikh Al-Hadi (zaman reformasi Islam sebelum kemerdekaan) dan Datuk A. Samad Said pada zaman selepas kemerdekaan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.