saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 12/05/2009

Kemasukan semula Aril sudah dijangka


EMPAT pelajar AF7 (dari kiri) Hafiz, Yazid, Isma dan Akim yang akan berentap di konsert akhir AF7 pada 16 Mei ini.


SEPERTI yang dijangkakan undian AFMASUK yang dibuka sejak Isnin sehingga malam Sabtu lalu sememangnya mahu membawa masuk semula pelajar yang tersingkir iaitu Aril atau Khairil Azam Pilus.

Dan jika itu yang dirancangkan oleh AF itulah juga yang berlaku. Aril akhirnya berjaya mengenepikan sembilan pencabar lain untuk memasuki semula ke dalam Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7).

Keputusan yang sudah dijangka ramai pihak itu membolehkan Aril beraksi di konsert akhir AF7 yang bakal dilangsungkan di Stadium Putra, Bukit Jalil, pada 16 Mei ini.

Selain Aril, 24, empat pelajar AF7 yang masih bertahan sehingga ke minggu kesembilan iaitu Afiq Hakim Ahmad (Akim), 18; Mohd. Hafiz Mohd. Suip (Hafiz), 19; Mohd. Yazid Kamal Ibrahim (Yazid), 22; serta Ismaliza Ismail (Isma), 30, juga layak untuk berentap di pentas akhir nanti.

Kemasukan semula Aril yang tersingkir di konsert minggu ketujuh iaitu pada 25 April lepas ke dalam akademi sememangnya mendapat sokongan padu daripada kalangan peminatnya.

Ini dapat dilihat berdasarkan kepada catatan undian AFMASUK yang menyaksikan adik kepada penyanyi Izwan Pilus itu menduduki carta tertinggi dengan memungut 52.45 peratus undian.

Peratusan itu begitu jauh jika hendak dibandingkan dengan saingannya daripada bekas pelajar lain iaitu Aishah dengan 26.6 peratus, Zizi (6.87 peratus), Sidi (5.84 peratus), Claudia (4.59 peratus), Qhaud (1.71 peratus), Rini (0.86 peratus), Rubisa (0.48 peratus), Obri (0.34 peratus) dan Nas Adila (0.26 peratus).

Bagaimanapun, di sebalik pernyataan sokongan yang diberikan, AFMASUK turut menerima tentangan dan bangkangan yang sedikit sebanyak menceritakan bahawa ia juga tidak disenangi ramai pihak.

Masakan tidak, bagi mereka, Akim, Hafiz, Yazid serta Isma sudah cukup kuat untuk mengharungi konsert akhir AF7 dan adalah tidak adil membawa masuk semula mereka yang telah tersingkir ke dalam akademi.

Ini kerana, empat pelajar berkenaan telah bertungkus-lumus berjuang dan menempuhi segala cabaran serta 'ditembak' dengan pelbagai kritikan sedari awal berada di dalam akademi sehingga meniti tangga menuju konsert akhir.

Memanglah Aril punyai bakat tetapi perlu diingat, penonton sebelum ini telah pun menzahirkan suara dan kuasa mereka untuk tidak memihak kepadanya bagi meneruskan saingan di dalam AF7.

Atas dasar itu, apa perlu AFMASUK diwujudkan kerana andai kata Aril yang tersingkir pada 25 April lalu berjaya merangkul gelaran juara nanti, ia tentu akan menafikan hak eksklusif Akim, Hafiz, Yazid serta Isma untuk memperoleh kejuaraan sama.

Saat diajukan hal tersebut kepada Khairul Mizan Shagul, Pengurus Saluran Astro Ria ini menjelaskan bahawa AFMASUK merupakan sebahagian daripada format Akademi Fantasia (AF) yang telah diperkenalkan sebelum ini.

Menurutnya, ia sebagai memberi peluang kepada penonton untuk memilih salah seorang bekas pelajar yang difikirkan layak beraksi di konsert akhir.

"Semua bekas pelajar punyai bakat tersendiri dan untuk AFMASUK kali ini, penonton telah memilih Aril.

"Kita melihat persaingan dalam AF7 sangat sengit dan pihak produksi bersama pengetua sebelum ini telah duduk berbincang untuk memikirkan apakah perlu diadakan AFMASUK.

"Sebenarnya, persoalan mengenai AFMASUK telah pun diajukan sejak Zizi tersingkir,'' katanya ketika ditemui pada sidang akhbar sejurus selepas tamat konsert minggu kesembilan.

Menurut Khairul, pihaknya menyedari akan bangkangan ramai pihak mengenai ketidakadilan AFMASUK terhadap Akim, Hafiz, Yazid dan Isma tetapi produksi juga perlu memikirkan permintaan yang banyak diterima daripada pelanggan Astro.

Bagi Pengetua AF7, Datin Seri Tiara Jacquelina pula, dirinya punyai hak untuk menyatakan kehendaknya dalam mewujudkan AFMASUK.

"Semua pelajar saya sayang. Selepas melihat beberapa pelajar yang kuat tersingkir, saya merasakan sudah masanya untuk mengumumkan AFMASUK.

"AFMASUK diumumkan bukan disebabkan oleh penyingkiran Aril,'' jelasnya ringkas.

Isu Diari INT AF7 minggu kelapan

Sementara itu, Khairul turut ditanya mengenai paparan Diari INT AF7 minggu kelapan yang banyak dipersoalkan ramai pihak sehingga ada yang melabelkan AF sebagai penipu.

Diari itu antara lain memaparkan isu penyingkiran dua pelajar iaitu Aishah dan Claudia yang dilihat seakan sudah dirancang.

Ini kerana, ketika rakaman diari dilakukan, pengacara Diari INT iaitu Sarimah Ibrahim menyebut tentang penyingkiran dua orang pelajar ketika pelajar lain sedang melakukan latihan sebelum konsert minggu kelapan berlangsung.

Menjawab mengenai persoalan tersebut, Khairul berkata, rakaman tersebut adalah rakaman awal yang dilakukan membabitkan tiga versi nilai berita akan kemungkinan-kemungkinan penyingkiran yang bakal dilakukan pada minggu berkenaan.

"Tiga versi rakaman itu berbentuk embargo yang biasa dilakukan dalam rakaman-rakaman sebelum ini.

"Ini bukanlah disebabkan oleh kesilapan produksi,'' katanya.

Ditanya akan soal penyingkiran, Khairul berkata : "Pengetua sendiri tidak tahu berapa orang yang akan kita singkirkan pada minggu-minggu konsert.

"Ia adalah rahsia dan hanya saya serta seorang lagi dalam produksi sahaja mengetahuinya."

Konsert minggu kesembilan

Dalam pada itu, konsert minggu kesembilan menyaksikan keempat-empat pelajar menunjukkan kekuatan masing-masing.

Diberi tugasan menyanyikan sebuah lagu berbahasa Melayu dan Inggeris, Akim mendendangkan lagu berjudul Larut nyanyian Dewa 19 dan I'm Yours (Jason Mraz) manakala Yazid (Aku Skandal & Where The Street Have No Name), Hafiz (I Believe I Can Fly & Laskar Pelangi) serta Isma dengan lagu Hot & Cold dan Aku Pasti Datang.

Kekuatan yang ditonjolkan membuktikan bahawa Akim, Hafiz, Yazid dan Isma sudah bersedia untuk berentap di konsert akhir nanti bersama Aril.

Peratusan kedudukan undian di akhir konsert menunjukkan Hafiz unggul berada di atas dengan 34 peratus undian diikuti Akim (25 Peratus), Yazid (22 peratus) dan Isma (18 peratus).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.