saya nak baca ..

PENDIDIKAN


ARKIB : 13/05/2009

CemerlangUPSR dijanjikan akaun SSPN

BATU PAHAT 12 Mei - Pelajar-pelajar yang akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dalam kawasan Parlimen Parit Sulong dijanjikan akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sebanyak RM70 seorang jika mendapat 5A dalam peperiksaan itu.

Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad berkata, tawaran berkenaan merupakan galakan kepada para pelajar berkenaan untuk mencapai keputusan cemerlang dalam UPSR nanti.

"Ini merupakan simpanan pertama dan permulaan bagi mereka untuk terus menabung dalam skim berkenaan sebagai persiapan untuk menghadapi masa depan yang lebih cemerlang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Peserian, Semerah dekat sini kelmarin.

Selain SSPN, Noraini berkata, setiap tahun, Pusat Khidmatnya akan mengadakan klinik UPSR sebelum para pelajar menghadapi peperiksaan.

''Pada tahun ini, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dicadangkan sebagai tempat klinik itu akan diadakan bagi memberi motivasi kepada mereka merasai bagaimana berada di menara gading dan kehidupan warga kampus," ujarnya.

Beliau seterusnya berharap dengan cara itu mereka akan dapat pengajaran dan sentiasa bersemangat untuk belajar bersungguh-sungguh hingga berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading.

Sementara itu, Noraini berkata, beliau amat teruja kerana berpeluang mengunjungi sekolah tersebut yang telah berjasa melahirkan ramai golongan cendekiawan.

Katanya, antara golongan tersebut adalah Pengerusi Media Prima, Datuk Johan Jaaffar dan penggiat jawi, Mohamad @ Mokhtar Talib atau lebih dikenali sebagai Pak Matlob.

"Lebih menggembirakan, sekolah itu satu-satunya sekolah di kawasan luar bandar yang mempunyai pemain kriket yang mewakili zon Bagan di peringkat negeri dan ia juga telah melahirkan seorang pelajar cemerlang peringkat negeri kategori orang asli pada UPSR 2008," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:18
Asar 4:44
Maghrib 7:27
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.