saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 14/05/2009

CTI: Malaysia dapat banyak manfaat

MANADO, Sulawesi Utara 13 Mei - Malaysia dijangka mendapat banyak manfaat daripada Inisiatif Segi Tiga Terumbu Karang (CTI) yang ditubuhkan pada 2007 melibatkan enam negara di rantau ini, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili.

Beliau berkata, walaupun CTI baru ditubuhkan tetapi dalam jangka panjang kerjasama serantau itu akan memberi banyak manfaat kepada Malaysia terutama kawasan marin di Sabah yang meliputi kawasan perairan seluas 35,000 kilometer persegi.

Kawasan perairan dan sumber marin di Sabah dari Kota Marudu hingga ke Semporna akan dapat dibangunkan yang akan memberi faedah kepada penduduk setempat dan sekali gus meningkatkan pendapatan rakyat di kawasan terbabit, katanya kepada pemberita sebaik tiba, di sini untuk menghadiri mesyuarat CTI peringkat menteri yang akan bermula esok.

Mesyuarat itu akan disusuli dengan Sidang Kemuncak CTI yang dihadiri oleh ketua-ketua kerajaan dari enam negara anggota CTI terdiri daripada Malaysia, Indonesia, Filipina, Papua New Guinea, Kepulauan Soloman dan Timor Leste.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengetuai delegasi Malaysia pada Sidang Kemuncak CTI yang pertama itu yang dijadual berlangsung Jumaat ini.

Ongkili berkata, tiga impak utama yang akan dimanfaat oleh Malaysia daripada inisiatif itu ialah pertama perkongsian maklumat dan data mengenai sumber marin dan perikanan di kalangan negara anggota.

''Kedua kerjasama penyelidikan antara saintis Malaysia dengan rakan-rakan mereka dalam bidang marin dan sumber marin dari negara-negara anggota.

''Selain itu, maklumat dan data yang dikumpulkan akan dapat digunakan bagi menangani isu perubahan iklim yang kini menjadi isu global," katanya.

Menurut Ongkili, ini akan membolehkan Malaysia dan negara-negara terbabit merancang aktiviti dan membangunkan perairan sekitar secara mampan.

Katanya, melalui kerjasama dalam CTI, Malaysia juga berpeluang mendapat bantuan dana bagi tujuan pembangunan dan penyelidikan (R&D) serta melaksanakan program-program bagi membangunkan kawasan marin dan perairan di Sabah.

Oleh kerana itu, Kabinet telah bersetuju supaya Malaysia turut menyertai CTI, tambahnya.

Ketika ditanya mengenai mesyuarat peringkat menteri esok, Ongkili berkata, antara perkara yang akan dibincangkan ialah mengenai penubuhan sekretariat CTI, dana dan pelan tindakan serantau dan kebangsaan serta aktiviti yang akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Indonesia dan Filipina melobi supaya sekretariat CTI dibuka di negara-negara mereka.

Ongkili berkata, Perdana Menteri dalam ucapannya pada sidang kemuncak itu dijangka menghuraikan lebih lanjut mengenai peranan dan pendirian Malaysia dalam CTI.

Ketika ditanya lebih lanjut, beliau berkata, kerajaan merancang menganjurkan seminar yang akan melibatkan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mendapatkan input untuk melaksanakan pelan tindakan peringkat kebangsaan bagi membangunkan sumber marin di perairan negara.

Beliau berkata, penglibatan Malaysia telah bermula sejak idea penubuhan CTI itu dicetuskan oleh Indonesia pada tahun 2007 apabila saintis-saintis Malaysia dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menyumbangkan pandangan bagaimana kepada pelan tindakan serantau.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.