saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 14/05/2009

Bukan tanah wakaf - Othman

SEGAMBUT 13 Mei – Pengurusan baru Mas jid Al-Ubudiah, Segambut Dalam di sini men jelaskan bahawa tanah yang didakwa oleh ahli kariah masjid itu sebagai tanah wakaf se benarnya adalah harta masjid.

Pengerusinya, Datuk Othman Marwan ber kata, tanah tersebut tidak pernah berstatus tanah wakaf seperti yang didakwa oleh pen duduk tersebut.

Beliau menegaskan, tanah tersebut me mang dibeli hasil kutipan derma daripada penduduk di sekitar kawasan tersebut tetapi ia bukan diwakafkan.

Katanya, ia dibeli oleh pihak masjid ketika itu untuk dijadikan sebagai aset masjid.

“Saya tidak faham mengapa penduduk me reka-reka cerita mengatakan bahawa tanah tersebut adalah tanah wakaf.

“Sekiranya ia adalah tanah wakaf bagai mana ia boleh diluluskan oleh Jabatan Aga ma Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk dijual,” katanya ketika dihubungi Utusan Ma laysia di sini hari ini.

Tambahnya, pada asalnya, tanah tersebut dimiliki oleh dua penama, namun mereka telah meninggal dunia dan mewasiatkan ta nah berkenaan kepada anaknya.

Jelasnya, sebahagian besar tanah tersebut adalah milik anak pemilik asal tanah itu manakala selebihnya adalah milik masjid.

“Pihak pengurusan masjid membeli tanah berkenaan dari hasil kutipan derma pen duduk dan tanah tersebut dijadikan sebagai harta masjid.

“Mengikut prosedur Jawi, penjualan tanah berkenaan tidak perlu mendapatkan perse tujuan penduduk kampung memandangkan ia dibeli hasil wang kutipan derma dan tidak berstatus tanah wakaf.

“Oleh itu, saya harap penduduk tidak mem persoalkan penjualan tanah berkenaan ke rana ia dijalankan dengan pengetahuan pihak Jawi,” jelasnya.

Difahamkan, tanah itu dijual pada harga kira-kira RM3 juta dan sebanyak RM400,000 dimasukkan ke dalam tabung masjid tersebut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.