saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 14/05/2009

3,000 hilang tempat tinggal penempatan UNHCR Kg Muslim terbakar

14/05/2009 6:55pm

LABUAN 14 Mei Lebih 3,000 orang hilang tempat tinggal dalam kebakaran yang berlaku di penempatan Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) Kampung Muslim hari ini.

Kebakaran pada 11.30 pagi itu memusnahkan hampir 800 rumah, mengakibatkan keluarga dan kanak-kanak yang terjejas terpaksa mencari perlindungan sementara di Dewan Orang Ramai Perbadanan Labuan.

Ini kali kedua penempatan UNHCR, yang dihuni oleh penduduk setempat dan warga Filipina yang memegang dokumen IMM13 atau pas kerja, terbabit dalam kebakaran sejak 1996.

Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan kecemasan pada 11.40 pagi dan hanya berjaya memadamkan kebakaran sepenuhnya kira-kira 2 petang.

Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri Hasnah Rashid memberitahu Bernama 130 anggota bomba dan tiga jentera dari tiga balai bomba terbabit dalam operasi memadamkan kebakaran.

BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.