saya nak baca ..

FEMININ


ARKIB : 16/05/2009

Spa rawatan tradisi Melayu dahulu kala


Spa Tanamera menyediakan urutan tradisional Melayu yang terkenal dengan manfaatnya merangsang keupayaan semula jadi.


SEMUA warga kota ingin lari daripada kesibukan, kesesakan lalu lintas, deringan telefon bimbit dan pejabat serta kecelaruan gaya hidup yang menambah kepada tekanan emosi dan mental.

Ramai memilih pergi ke gimnasium, pusat rawatan kecantikan dan spa untuk 'membersihkan' diri daripada pencemaran udara, aura negatif dan keracunan emosi gara-gara tuntutan sosial serta kerjaya.

Hujung minggu ini, apa kata anda turut serta membebaskan minda dan biarkan orang lain membelai serta menenangkan segala anggota tubuh badan itu dengan cara tradisional kaum Melayu seperti nenek moyang terdahulu!

Konsep tradisional Melayu

Pengurus Besar Tanamera Tropikal Spa, Faridah Ahmad Fadzil berkata, Tanamera Spa menawarkan rawatan tradisional Melayu zaman dahulu kala menggunakan bunga-bungaan dan herba semula jadi berkualiti tinggi, 100 peratus tanpa bahan pengawet.

Terbaru, cawangan Tanamera Spa dibuka di Subang Jaya bagi memudahkan masyarakat sekitar Subang Jaya, Sunway dan USJ menikmati pengalaman spa tradisional tanpa perlu berjalan jauh.

"Istimewanya cawangan terbaru ini adalah suasananya yang moden, mesra dan selesa juga ruang lebih luas dengan hiasan dalaman berkonsep ethnic chic (etnik moden, ringkas).

"Ada pelanggan yang berasa seperti melangkah ke dunia lain apabila melangkah masuk ke dalam Tanamera Spa terutama bilik rawatan yang tidak terlalu gelap atau sempit," jelas beliau.

Tanamera Spa di Subang Jaya seluas 214 meter persegi itu merupakan cawangan keempat selepas Kemasik, Terengganu, Sooka Sentral (KL Sentral) dan Pertama Kompleks.

Pusat rawatan berkenaan turut mempunyai 100 peratus kakitangan warga tempatan yang terlatih sebagai ahli terapi spa untuk melakukan kaedah rawatan berdasarkan amalan tradisi kampung.

"Spa Tanamera menyediakan rawatan tradisional Melayu yang terkenal dengan manfaatnya merangsang keupayaan semula jadi untuk mencapai keseimbangan badan, merehatkan dan mengembalikan tenaga," tambah Faridah.

Rawatan Spa Tanamera

Antara rawatan urutan yang ditawarkan di Spa Tanamera adalah urutan tradisional Melayu, urutan holistik, urutan pemanasan (pelangsingan badan) dan urutan posnatum.

Di samping itu, terdapat rawatan rambut dan muka menggunakan produk khusus yang dihasilkan untuk melindungi dan menyuburkan kulit kepala dan rambut.

Rawatan rambut lazimnya menggunakan pembersih sederhana, ekstrak herba, vitamin, mineral organik dan minyak sayur manakala rawatan penjagaan muka pula menggunakan produk berasaskan serbuk kisaran halus botani dan air ros.

Bagi rawatan badan Tanamera, pelanggan berpeluang merasai pengalaman unik rawatan membersih, 'mask', mengewap, mandian dan mampatan panas herba.

Ia bertujuan memberikan nafas baru dan menjana sel baru kulit secara pengelupasan dan meningkatkan tahap metabolisme kulit untuk kesan sehalus kulit bayi.

"Mencuci kaki sebelum melangkah masuk ke dalam rumah adalah amalan dahulu kala, justeru kami memberi penghormatan kepada amalan turun-temurun itu menerusi rawatan kaki Tanamera," katanya.

Akhir sekali, rawatan pengantin perempuan untuk mengurangkan tekanan bakal pengantin baru yang sibuk dengan persiapan perkahwinan.

Kata Faridah, di samping bakal pengantin, ibu pengantin juga akan mendapat rawatan istimewa sebagai 'ganjaran' dan meluangkan masa berdua sebelum anak perempuannya bergelar isteri orang.

Kesemua rawatan tradisi itu dilakukan dengan bantuan produk Tanamera sendiri yang 100 peratus menggunakan ekstrak tumbuhan semulajadi.

Contohnya, rawatan postnatum yang menggunakan produk minyak semula jadi seperti selasih, halia, limau kaffir, kopi detoks hijau, herba dan kelapa pandan muda.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.