saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 16/05/2009

Anwar nafi dakwaan Anifah

16/05/2009 7:09pm

KUALA LUMPUR 16 Mei Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan kenyataan Menteri Luar, Datuk Anifah Aman di Washington bahawa beliau menawarkan kepada Anifah jawatan Timbalan Perdana Menteri sebagai umpan untuk melompat parti selepas pilihan raya umum 2008.

Dalam kenyataan di sini hari ini, peguam S. N. Nair, yang mewakili Anwar, berkata anak guamnya itu mahu Anifah menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf dalam tempoh 24 jam berhubung tuduhan itu.

Kata Nair, Anwar memintanya memfailkan saman fitnah terhadap Anifah sekiranya Menteri Luar itu tidak menarik balik kenyataannya dan mengemukakan permohonan maaf dalam tempoh yang ditetapkan.

Pada sidang akhbar bersama Setiausaha Negara Amerika Hillary Rodham Clinton di Washington pada Khamis, Anifah berkata beliau, secara peribadi telah dipelawa menyertai pembangkang dan ditawarkan jawatan amat tinggi oleh Anwar. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:10
Asar 4:33
Maghrib 7:06
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.