saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 16/05/2009

Muhyiddin tinjau Pasar Kedai Payang

16/05/2009 7:14pm

KUALA TERENGGANU 16 Mei Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dalam rangka lawatan kerja sehari ke Terengganu selepas dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri hari ini sempat meluangkan masa melawat beberapa kawasan di sekitar bandar raya ini, bagi menyelami masalah rakyat.

Muhyiddin yang diiringi Menteri Besar, Datuk Ahmad Said melawat Bazar Warisan dan Pasar Kedai Payang, kedua-dua tempat berkenaan sering dikunjungi orang ramai bagi membeli pelbagai barangan terutama batik dan songket.

Dalam lawatan tersebut, beliau sempat bertanyakan masalah yang dihadapi oleh peniaga terutama di Pasar Kedai Payang, yang keadaannya sesak dan menyukarkan peniaga menjalankan perniagaan masing-masing.

Selepas melawat kedua-dua premis itu, Muhyiddin berjalan kaki kira-kira setengah kilometer untuk meninjau Kompleks Stesen Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan premis perniagaan yang terdapat di stesen bas berkenaan. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.