saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 18/05/2009

Kilang Gula Felda Perlis gondol tiga hadiah utama Xplore 09


Sebahagian pemenang pertandingan Catur Terbuka Gula Perlis dan Gula Perlis Xplore 09 bersama hadiah masing-masing di Kangar, kelmarin. UTUSAN/FAIZAL ABU HASSAN


KANGAR 17 Mei Kilang Gula Felda Perlis Sdn. Bhd. (KGFP) menggondol tiga hadiah utama dalam acara mencari harta karun menerusi Gula Perlis Xplore 09 yang berakhir di Sekolah Menengah Teknik Kangar di sini petang semalam.

Juara disandang oleh Milling Power KGFP yang berjaya meraih hadiah RM1,000 dan trofi, naib juara pula milik Extreme Thundercats KGFP sementara tempat ketiga milik 18 Express KGFP.

Naib juara memenangi RM700 dan trofi manakala pemenang tempat ketiga membawa pulang RM500 dan trofi.

Pasukan Milling Power, Extreme Thundercats dan 18 Express merupakan tiga pasukan terhebat KGFP yang berjaya menumpaskan 47 pencabar lain.

Pertandingan mencari harta karun terbuka Malaysia itu dianjurkan sempena Hari Keputeraan Raja Perlis hari ini. Setiap pasukan mempunyai dua hingga empat peserta.

Hadiah pemenang disampaikan oleh Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Pengurus Besar Kanan KGFP, Mohamad Amri Sahari.

Dalam pada itu, lebih 200 peserta dari seluruh Malaysia bersaing dalam Kejohanan Catur Terbuka Gula Perlis yang diadakan di Sekolah Menengah Teknik Kangar yang juga berlangsung semalam.

Juara bawah 16 tahun disandang oleh Muhd. Nurislam Yahaya dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kulim, Kedah dan naib juara, Abd. Muiz Bakhir juga dari SMK Kulim sementara tempat ketiga milik Anaz Aziz.

Bagi Kategori Terbaik Perlis, johan menjadi milik Marzuki Mat yang mengalahkan naib juara, Lim Poay Sim dan Azrul Sani Ismail di tempat ketiga.

Dua wakil Pulau Pinang, Evan Timothy dan Tan Khai Boon pula meraih juara dan naib juara Kategori Terbuka manakala Anthony Liong Ing Kiat dari Selangor di tempat ketiga.

Bagi Kategori Khas, Hadiah Terbaik KGFP disandang oleh Roslan Md. Noor dari Perlis manakala tempat kedua menjadi milik Mohamad Amri Sahari juga dari Perlis.

Hadiah Terbaik Wanita dimenangi oleh wakil Selangor, Wong Mei Sun.

SMK Kulim pula memenangi Hadiah Terbaik Pasukan Sekolah Menengah sementara Sekolah Kebangsaan Sri Kulim, Kedah membawa pulang Hadiah Terbaik Pasukan Sekolah Rendah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:33
Maghrib 7:25
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.